(SEMASA) “WHERE THE HEART IS” Kerja Amal DATO’ SITI NURHALIZA

DSC_4766

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah tampil dengan satu konsert amal ‘Where The Heart Is’ di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre selama dua malam berturut-turut iaitu 7 dan 8 Februari 2014. Konsert  selama 1 jam 30 minit yang bertemakan serba putih ini telah  memberikan pengalaman dan keindahan irama dan lagu serta persembahan yang paling unik, kreatif serta dinamik kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza.

DSC_4053

Dato’ Siti Nurhaliza telah mendendangkan  lagu hits beliau antaranya  ‘Kesilapanku Keegoaanmu’, ‘Jerat Percintaan’, ‘Kau Kekasihku’, ‘Kau Mawarku’, ‘Siti Situ Sana Sini’ ,’Bukan Cinta Biasa’,  ‘Seindah Biasa’, ‘Ku Mahu’ , ‘Pendirianku’, medley ‘Purnama Merindu’ & ‘Nian Dihati’, Muara Hati serta lagu medley ‘Tanpa Kalian’ & ‘Intrig Cinta’. Dato’ Siti Nurhaliza turut menjemput penyanyi Hazama untuk berduet lagu cover ‘Just Give Me A Reason’  dimana ia merupakan lagu nyanyian asal penyanyi Pink.  Dato’ Siti Nurhaliza buat pertama kali memperdengarkan lagu baru berjudul ‘Jaga Dia Untuk Ku’ yang bakal dimuatkan dalam album terbaru yang bakal dilancarkan pada Mac ini. Konsert yang berakhir kira-kira jam 11 malam itu diakhiri dengan lagu ‘Biarlah Rahsia’ dan ‘Lebih Indah’.

sitigmo

Konsert amal anjuran bersama Yayasan Nurjiwa dengan  Siti Nurhaliza Production (SNP) dan SimplySiti Sdn Bhd ini bertujuan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan ini turut sama dihadiri tetamu istimewa iaitu D.Y.A.M Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir dan permaisuri Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri serta Ketua Menteri Besar Melaka, Datuk Ir Idris Haron dan isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *