(SEMASA) Yobick memperkenalkan duta terbaharu Duo Badminton Malaysia – Goh Liu Ying & Chan Peng Soo

Spread the love

KUALA LUMPUR. 17 Mei – Yobick Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelantikan rasmi Goh Liu Ying & Chan Peng Soon sebagai duta jenama hari ini. Pelantikan juara pasangan beregu campuran Malaysia itu menandakan kempen terbaru Yobick, yang disasarkan kepada rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Malaysia, Encik Takeshi Suma, hadir di Eatropica Cafe, Nu Sentral hari ini untuk secara rasmi memperkenalkan pasangan beregu campuran badminton Malaysia iaitu Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon sebagai duta terbaharu Yobick. Pelantikan bersejarah itu diadakan semasa sesi berbuka puasa Yobick bersama pihak media, pihak pengurusan dan rakan niaga Yobick.

Seperti kata pepatah Inggeris – ‘when the going gets tough, the tough gets going’, pelantikan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon adalah bermakna kerana mereka mewakili inti pati motto jenama Yobick – tidak pernah berputus asa, tekad, berorientasikan matlamat, yakin, dan sentiasa memburu kejayaan dan cabaran besar. Mereka juga secara konsisten menunjukkan prestasi cemerlang dalam memburu pingat dan kemenangan, Liu Ying dan Peng Soon adalah idola untuk rakyat Malaysia.

Sebagai duta baharu Yobick Malaysia, Liu Ying dan Peng Soon telah menandatangani perjanjian selama satu tahun dan bakal muncul dalam kempen video digital dan juga di semua kempen Yobick yang dipratonton semasa acara media.

Encik Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Malaysia berkata “Kami sangat gembira dan mengalu-alukan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon sebagai sebahagian daripada keluarga DyDo. Saya yakin kedua-duanya akan membawa produk minuman yogurt kami, Yobick di Malaysia ke peringkat seterusnya.

Yobick adalah jenama minuman yogurt yang melambangkan ketabahan, sikap tidak berputus asa, bertenaga dan gaya hidup yang aktif. Ini semua adalah ciri-ciri yang ada pada Liu Ying dan Peng Soon – berbekalkan semangat yang tinggi, mereka telah menjadi pemain yang disegani dalam arena sukan badminton di Malaysia. Kami amat berbangga dengan kejayaan mereka dan berharap mereka akan membawa jenama Yobick ke tahap yang lebih tinggi.

Yobick amat sinonim dengan gaya hidup masa kini dan kami berusaha untuk menjadi peneraju minuman yogurt yang menawarkan rasa yang lazat untuk pelanggan kami di semua peringkat umur. Afiliasi kami dengan badminton – satu sukan yang sangat berkait rapat dengan tenaga dan semangat seorang juara, kami berhasrat untuk terus memberitahu umum bahawa Yobick adalah minuman pilihan yang tepat bagi rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Kami berbesar hati di atas pelantikan Liu Ying dan Peng Soon kerana mereka berdua pemain badminton yang cukup dinamik dan sentiasa mempamerkan skil permainan yang bertenaga. Setelah bertahun melalui pelbagai kejohanan tempatan dan antarabangsa, mereka telah menunjukkan kemampuan mereka di semua peringkat sukan yang menjadi kecintaan Malaysia. Persona Yobick jelas terpamer didalam setiap rentak permainan mereka dan akan membawa gaya baru kepada sukan badminton.

Kami teruja untuk bekerjasama dengan Liu Ying dan Peng Soon untuk kempen Yobick dan produk yang lebih inovatif oleh DyDo pada masa akan datang.”

DyDo DRINCO, INC. (‘DyDo’), adalah salah satu syarikat minuman tanpa alkohol yang terkemuka di Jepun dan menembusi pasaran di 5 buah negara termasuk Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1975 dan beribu pejabat di Osaka, DyDo disenaraikan di bahagian pertama Bursa Saham Tokyo. Dengan jualan tahunan sebanyak 145 bilion Yen Jepun, DyDo dianggap sebagai syarikat kopi yang paling bersejarah di Jepun. Mempunyai lebih daripada 50 barisan jenama yang merangkumi air, teh, minuman tenaga, minuman unik dan kopi, DyDo berhasrat untuk mengubah landskap perniagaan minuman di Malaysia.

Sebagai usaha strategik DyDo untuk mendapatkan pengaruh dalam pasaran HALAL dan menguatkan rangkaian pengedaran tempatan, DyDo Malaysia telah berkerjasama dengan MAMEE Double Decker Sdn Bhd (DyDoMamee Distributions Sdn Bhd), dalam satu perkongsian perniagaan kerana reputasi MAMEE di Malaysia. Kerjasama itu juga melihat MAMEE memperoleh manfaat daripada fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkualiti tinggi dan berteknologi canggih milik DyDo Group iaitu DAIDO Pharmaceuticals Corporation (DAIDO Pharmaceuticals). DAIDO Pharmaceuticals mampu menghasilkan produk baru bagi memenuhi trend semasa seperti suplemen kecantikan dan minuman antioksidan.

Produk terkini di bawah DyDo Mamee Malaysia termasuk:

             NUTRIGEN 125g

             NUTRIGEN CULTURE MILK

             YOBICK

             NYU

             VIDA

Yobick adalah jenama dari Jepun yang mula diperkenalkan kepada pasaran kategori minuman berperisa yogurt pada tahun 2017 dan sejak itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Yobick Original bersaiz 310ml dilancarkan pada Mei 2017 diikuti dengan Yobick Sakura pada November 2017. Yobick telah dijual lebih dari 200 juta botol di seluruh dunia dan meraih populariti di pasaran Malaysia. Tahun 2019 melihat pelancaran Yobick Lite+ Collagen dan disasarkan memenuhi keperluan individu dan keluarga yang mencari minuman berperisa yogurt yang sihat tanpa berkompromi faktor rasa yang lazat.

Dengan kandungan prebiotik yang terbukti bermanfaat, Yobick menggunakan madu untuk memberikannya rasa lazat penuh lemak yang menjadikannya minuman yogurt pilihan ramai. Dengan kebaikkan rendah lemak, Yobick sesuai dengan gaya hidup yang sihat kerana ia membantu pengguna mengekalkan diet seimbang yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan tahap kolesterol.

Dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM3.80 untuk botol bersaiz 310ml, Yobick boleh didapati di semua pasar raya besar dan hypermarket utama di seluruh negara.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *