(SEMASA) Yuna sebagai Duta ‘Media Sosial’ Malaysia Airlines

Spread the love

IMG_0957

Kuala Lumpur  : 30 April 2013 – Malaysia Airlines telah bersedia untuk memulakan satu perancangan yang hebat melalui medium media sosial kerana syarikat penerbangan milik negara ini  berhasrat untuk menjadi antara yang  jenama terbaik melalui penglibatan dalam media sosial dan memperluaskan kehadirannya serta pengaruh jenama ini di seluruh dunia melalui pemasaran secara maya.

IMG_0956

Sebagai permulaan dalam usaha syarikat penerbangan nasional ini menjadi yang terbaik, satu majlis khas telah diadakan di The Square, Publika mana pihak pengurusan MAS mengumumkan penyanyi / penulis lagu Malaysia yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu YUNA sebagai  Duta Media Sosial syarikat penerbangan MAS.

Bercakap pada majlis itu, Ketua Pengiklanan dan Promosi  Malaysia Airlines, Khairul Syahar Khalid berkata, “Yuna memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pihak Malaysia Airlines dalam usaha untuk  mencapai satu lonjakan baru penguasaan di laman ‘media sosial’. Dengan berkongsi perjalanan beliau dengan kami dan peminat beliau, kami percaya ia akan memberi inspirasi kepada peminat-peminat beliau dan pengikut-pengikutnya untuk mengikuti jejak langkah beliau dan mencontohi kejayaan beliau yang telah membuka banyak peluang untuk beliau mengecapi perjalanan ke serata dunia dan mengalami persekitaran yang baru. “

Peranan Yuna sebagai Duta Media Sosial MAS boleh dlihat melalui penglibatan beliau di dalam saluran media sosial syarikat penerbangan ini antaranya ialah ‘YouTube Brand Channel’  serta beberapa video di laman YouTube.  Status Yuna sebagai artis yang kerap dan gemar mengembara akan dikongsi bersama peminat . Perkongsian  pengalaman perjalanan beliau ke seluruh dunia seiring perkembangan muzik beliau yang melangkaui pasaran antarabangsa boleh dilayari melalui ‘Amazing Journeys Tab’ pada ‘MAS YouTube Brand Channel’. Sementara itu, laman Facebook & Twitter MAS akan mengandungi pengisian dan perkongsian khas pengembaraan Yuna  yang hanya eksklusif untuk syarikat penerbangan itu sahaja.

yuna MASsmall

Penglibatan Yuna bersama Malaysia Airlines (MAS) telah pun bermula pada awal tahun 2012 apabila Yuna dipaparkan di dalam program “MHbuddy Meets the World Travelogue”, yang mana memaparkan perjalanan beliau di seluruh Eropah bersama keluarganya dan pada masa yang sama menggalakkan penggunaan “MHbuddy” iaitu satu aplikasi perintis di Facebook yang menawarkan perkhidmatan tempahan secara langsung melalui saluran media sosial.

Selain pengumuman Yuna sebagai duta syarikat dan pembentangan mengenai  program kad Enrich, syarikat penerbangan itu juga menyampaikan hadiah kepada pemenang  pertandingan di laman sosial Facebook  MAS “Round The World Challenge” yang ditawarkan oleh Enrich yang telah berlangsung sepanjang  bulan Mac.

Pada tahun 2010, Malaysia Airlines telah diiktiraf sebagai pemenang untuk penglibatan aktif di Media Sosial dengan memenangi  anugerah “Best Use of Social Media to Drive Revenue” di majlis “Simpliflying-Airline Business Social Media Excellence Awards for Airlines”.

Untuk maklumat lanjut mengenai info terbaru dan promosi mengenai Malaysia Airlines, sila layari : Google+ (Malaysia Airlines), YouTube (MAStravel), Malaysia Airlines’ Facebook page and Twitter (@MAS).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *