(SUKAN) 10,000 PESERTA & ORANG RAMAI MERIAHKAN JAKEL CHARITY RUN FOR ROHINGYA KUALA LUMPUR 2017

Spread the love

dav

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2017 Jakel Pusat Gedung Tekstil terbesar Malaysia buat julung kalinya menganjurkan aktiviti larian berkonsepkan amal sebelum berlabuhnya tirai kalendar 2017. Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 edisi pertama ini telah berjaya menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada peserta seluruh negeri dengan 7,000 penyertaan, dan 3,000 daripadanya adalah terdiri daripada orang ramai yang datang menyaksikan acara gemilang ini

CHARITY RUN

Isu keganasan dan penindasan yang dialami oleh etnik Rohingya menyebabkan golongan ini menderita kesengsaraan. Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan serangan yang dialami oleh mereka. Oleh itu Jakel terpanggil untuk membuka kesedaran masyarakat dengan mengadakan misi bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya

Lanjutan daripada itu, Jakel mengambil inisiatif dengan menganjurkar Rohingya Kuala Lumpur 2017, Penganjuran aktivitl larlan inl program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana hasil bayaran pendaftaran akan disalurkan 100% sepenuhnya kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya.

Penganjuran larian amal ini telah berjaya mengumpul nilai sumbangan berjumlah RM700,000, sumbangan tersebut diberikan sepenuhnya dan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh

Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.

Ini jelas menunjukkan bahawa Jakel bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja malah terpanggil untuk mengadakan misi kemanusiaan dengan menyediakan platform untuk orang ramai menyumbangkan sumbangan kepada etnik Rohingya.

LARIAN & HADIAH

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel, telah melepaskan para peserta kategori 10KM pada jam 7:00 pagi di Jakel Mall terlebih dahulu sebelum melepaskan para peserta kategori 5KM pada jam 7:15 pagi.

Larian 10KM akan bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa kesemua peserta merentas laluan bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa jalan utama yang merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar,Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato’ Onn, Jalan Parlimen, Jalan Tun Perak sebelum berakhir di hadapan Jakel Mall KL.

Manakala peserta kategori 5KM ini akan memulakan larian di hadapan Jakel Mall KL dan melalui jalan utama di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Jalan Tun Perak dan menamatkan larian di hadapan Jakel Mall KL

Kesemua para pesert telah menerima barangan “Race Pack” berbentuk sebuah bag dimana didalamnya dilengkap nombor bib, baucar makanan, tuala muka (1000 penyertaan yang terawal)T-shirt, Botol air, dan lain-lain. Acara gemilang ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan melebihi RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah penajaan yang lain untuk dilbawa pulang oleh para peserta.

TETAMU & SELEBRITI

Larian yang telah berakhir sekitar jam 8.30 pagi telah diteruskan dengan acara pentas untuk penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para peserta larian dengan menampilkan Dee Jangan Ketawa dan Fara Fauzana selaku pengacara.

Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 diseliakan oleh The Equip Management dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel telah diserikan dengan kedatangan tetamu kehormat iaitu Tan Sri Dato Sri ismee bin Ismail, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.

Larian amal yang pertama dan terbesar dianjurkan oleh syarikat tekstil negara ini turut dihangat lagi dengan persembahan nyanyian daripada Ayda Jebat dan Caprice dan dimeriahkan dengan penampilan selebriti tanah air antaranya pasangan Scha Alyahya & Awal Ashaari dan Hanis Zalikha & Hairul Azreen, pelakon dari filem Makrifat Cinta serta instafamous yang lain.

ULANGTAHUN JAKEL KE-10 TAHUN

Penganjuran larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel merupakan syarikat tekstil yang pertama di dalam negara menganjurkan aktiviti sihat disamping meraikan ulangtahun Jakel ke-10 tahun bertapak di Kuala Lumpur dalam menjalankan operasi perniagaan retail.

Menjadi trademark “Ingat Kain Ingat Jakel”, citarasa dan kehendak pelanggan adalah keutamaan yang terpenting dalam operasi perniagaan. Jakel merupakan trendsetter, tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta menganjurkan acara hebat ini disertai dengan kepelbagaian aktiviti sebagai medium untuk mengumpulkan para pelanggan setia Jakel yang tidak berhenti menyokong berbelanja di Jakel. Pada masa yang sama juga, program sebegini memberi peluang dan ruang kepada Jakel untuk lebih mendekati pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel sepanjang bertapak di Malaysia

PENAJA

Leblh membanggakan, Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 dicergaskan dengan minuman isotonic 100 plus selaku penaja rasmi minuman isotonik bagi acara lariani ini. Selain daripada itu, penganjuran yang pertama kali ini diadakan oleh Jakel ini turut mendapat

sokongan pelbagal jenama besar antaranya daripada rakan media antaranya Kumpulan MEDIA PRIMA, Kumpulan Utusan dan yang lain-lain serta para bloggers.

Institut perbankan terkemuka negara antaranya RHB Islamic Bank Bhd dan Affin Bank Bhd. Syarikat pakaian dan barangan sukan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Syarikat pengeluar barangan perhiasan diri Habib Jewel Sdn Bhd, Syarikat pembangunan struktur hartanah CONLAY serta Syarikat barangan kosmetik wanita AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd dan Simplysiti. Jakel Charity run ini juga mendapat tajaan daripada Syarikat Dynamic AA Travel & Tours dengan memberikan hadiah utama untuk cabutan hadiah berupa sebuah motorsikal berjenama YAMAHA Avantiz (125cc).

Penganjuran larian amal penuh bersejarah ini juga turut diberi tajaan daripada syarikat syarikat luar seperti KPJ Helathcare Bhd, Syarikat minuman berkhasiat seperti Yakult dan Vitality Boost Sdn Bhd. Tidak ketinggalan juga penajaan daripada LULU Hypermarket & Department Store, Agen Perlancongan daripada WSF Travel Sdn Bhd, Syarikat pengeluar makanan kesihatan Marathon Baker, adPro solution , Netqlix Sdn Bhd, Schawal Store dan Soulmate Café.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *