(SUKAN) 100PLUS MENYERU WARGA MALAYSIA UNTUK MENJALANI GAYA HIDUP YANG AKTIF

Spread the love

Kuala Lumpur, 16 November 2019 – 100PLUS, minuman isotonik nombor satu di Malaysia, mengadakan acara berteraskan kesihatan yang dikenali sebagai Aktifkan Malaysiaku. Seruan untuk menjalani gaya hidup yang aktif ini menjelajah tiga negeri di seluruh Malaysia yang bermula di Kota Kinabalu, kemudian berlangsung di Kuala Terengganu dan berakhir di Kuala Lumpur pada 16 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Inisiatif Aktifkan Malaysiaku bermatlamatkan untuk menggalakkan warga Malaysia agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dengan memberikan 100% untuk apa jua bidang yang mereka lakukan.

100PLUS Aktifkan Malaysiaku telah menerima penyertaan lebih daripada 10,000 warga Malaysia di Kuala Lumpur. Ia turut diserikan lagi dengan kehadiran barisan duta 100PLUS seperti ikon sukan negara Datuk Wira Lee Chong Wei, serta selebriti popular Hairul Azreen, Mira Filzah dan Syafiq Kyle. Acara dimulakan dengan sesi zumba sebelum mereka semua bersama-sama menyertai larian sejauh 6 kilometer di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemeriahannya juga diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik, sesi beramah mesra bersama peminat dan diakhiri dengan persembahan menghiburkan daripada artis sensasi Ara Johari, De Fam dan Hael Husaini.

“Sebagai jenama minuman isotonik yang sinonim dengan aksi kesukanan di Malaysia, jenama kami bukan sekadar dikaitkan dengan sukan, malah lebih lagi. 100PLUS adalah sebuah jenama yang relevan dengan mana-mana individu yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sememangnya bersesuaian dengan aktiviti fizikal yang menitikberatkan penghidratan. Kami berharap melalui Aktifkan Malaysiaku ini, warga Malaysia mampu mengimbangi aktiviti yang aktif demi kesihatan mereka di dalam cara yang terkini dan ceria dengan 100PLUS, dan juga memahami makna sebenar untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan gaya hidup yang aktif,” menurut Graham Lim, Pengarah Pemasaran (Malaysia) F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd.

Buat julung-julung kali, semua peserta Aktifkan Malaysiaku telah menerima baju-T eksklusif yang diperbuat sepenuhnya daripada botol plastik yang dikitar semula. Ini adalah permulaan untuk inisiatif dan inovasi alam sekitar yang lebih hebat di masa hadapan dan pada masa yang sama juga 100PLUS memastikan warga Malaysia kekal aktif dan terhidrat.

Graham Lim menambah, “Kami amat berbangga dengan inisiatif ini dan gembira kerana dapat melancarkannya bersama 10,000 rakyat di Aktifkan Malaysiaku. Kami sememangnya menggalakkan warga Malaysia untuk sentiasa kekal aktif dan terhidrat. Ia sememangnya mudah bagi kami untuk menghasilkan botol yang anda minum setiap hari menjadi baju-T yang boleh anda pakai pada hari esok. Inovasi ini sebenarnya telah dijalankan sejak beberapa lama dan kini kami ingin memastikan bahawa kami mempunyai satu sistem yang mampan agar inisiatif ini mampu bertahan lama sebelum diperkenalkan di Malaysia. Kami berharap untuk memberikan impak positif terhadap alam sekitar dan di dalam kehidupan harian warga Malaysia kerana mereka memberikan 100% dalam apa jua yang mereka lakukan!”

Sama ada kita di pejabat, di rumah atau di mana-mana jua, kita harus akui dunia kini bergerak dengan pantas yang memerlukan kita untuk sentiasa aktif tanpa meminggirkan keperluan untuk mengutamakan kesihatan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh menikmati detik-detik bermanfaat yang menceriakan. Oleh itu, ayuh kita minum 100PLUS dan aktifkan diri.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *