(SUKAN) ASTRO TAWARKAN PLATFORM DIGITAL KOMPREHENSIF UNTUK PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL

News

Astro selaku stesen penyiar rasmi PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZILmempunyai platform digital yang komprehensif merangkumi ‘TONTON, MAIN, BACA dan DENGAR’ khas buat seluruh rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman tontonan sepenuhnya bagi acara sukan terbesar dunia ini.

Lee Choong Khay, Ketua Bahagian Sukan Astro berkata, “Untuk pertama kalinya, Astro membawakan liputan lengkap Piala Dunia FIFA 2014 di platform digital khusus buat rakyat Malaysia. Para peminat bola sepak boleh menonton kesemua 64 perlawanan melalui sorotan enam kamera pelbagai secara langsung, bermain permainan semasa perlawanan secara langsung, membaca rangkaian berita terkini serta mendengar liputan secara langsung ke udara melalui Radio Arena, stesen radio sukan digital pertama di

Malaysia.”

Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup™ membolehkan pemegang ‘Football Pass’ menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui tablet, telefon pintar dan komputer di mana pengalaman platform TONTON dapat dirasai dengan sorotan enam kamera pelbagai bagi merakam setiap aksi dalam perlawanan. Atas keunikan ciri penanda yang tersedia, pelbagai detik kegemaran boleh diulang tayang semula semasa perlawanan secara langsung hanya dengan sentuhan jari sahaja. Selain itu, para penonton boleh menyaksikan detik-detik penting dalam semua perlawanan dari pelbagai sudut. Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup™ boleh dimuat turun bagi peranti tablet dan telefon pintar yang menggunakan operasai iOS dan Android. Manakala versi web boleh diakses melalui www.stadiumastro.com.

Di samping itu, rakyat Malaysia juga boleh menikmati permainan ramalan bola sepak secara langsung ‘Ola Bola Football Predictor’ semasa perlawanan diadakan. Permainan ini membolehkan anda meramalkan kesudahan dari sesuatu kejadian antaranya semasa sepakan sudut dan penalti. Setiap ramalan yang tepat akan diberikan mata. Pengumpul mata tertinggi bakal membawa pulang sebuah

meja permainan foosball. Muat turun ‘Football Predictor’ di Google Play Store dan Apple App Store.

Sementara itu, rakyat Malaysia boleh mendengar liputan secara langsung perlawanan Piala Dunia dan berita terkini di Radio Arena, stesen radio sukan digital di www.stadiumastro.com yang merupakan

laman utama Astro untuk PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Sepanjang musim bola sepak ini, rakyat

Malaysia boleh melayari laman web tersebut untuk mendapatkan berita, perkembangan terkini, lekapan, sorotan perlawanan dan rangkaian video klasik Piala Dunia dari musim sebelumnya.

Terdapat juga beberapa pilihan bagi mereka yang bukan pelanggan Astro untuk turut serta merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 melalui Astro on the Go.

Bagi pemegang ‘Football Pass’:

 Beli ‘Football Pass’ yang berharga RM100 untuk menonton kesemua 64 perlawanan SECARA

LANGSUNG melalui tablet, telefon pintar dan komputer

 Akses untuk menonton lebih 100 jam rangkaian video perlawanan klasik dan sorotan daripada

Piala Dunia FIFA yang sebelumnya

Bagi bukan pemegang ‘Football Pass’:

 Tonton 30 perlawanan siaran langsung secara percuma di Astro on the Go

 Buat pertama kalinya, anda boleh menonton perlawanan terpilih dengan kaedah ‘pay per view’

(bayaran untuk setiap tontonan) dengan harga RM6 untuk setiap perlawanan Untuk maklumat lanjut mengenai Astro on the Go, sila layari www.astroonthego.com.

Whose Side Will You Take?’ (Siapa yang akan anda sokong?) adalah pemacu lukisan muka digital dari Astro untuk rakyat Malaysia memuat naik gambar mereka dengan bendera pasukan Piala Dunia kegemaran mereka. Kongsikan gambar anda di www.stadiumastro.com dan gunakannya sebagai gambar profil dan gambar kulit.

Untuk maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi 1 300 82 3838.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *