(SUKAN) Atlet Paralimpik Rio Terus Diberi Penghargaan

dav

dav

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil terus menerima penghargaan selepas mengharumkan nama negara pada temasya berprestij itu – kali ini menerusi syarikat telekomunikasi Tune Talk.

dav

dav

Tiga pemenang pingat emas iaitu Muhammad Ridzuan Puzi, Muhammad Ziyad dan Abdul Latif Romly masing-masing menerima tajaan perkhidmatan Tune Talk secara percuma seumur hidup dan sebuah telefon pintar Sambung S7 Edge.

Pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail pula menerima tajaan perkhidmatan Tune Talk secara percuma untuk tiga tahun serta sebuah telefon pintar yang sama.

Sementara itu, semua atlet Paralimpik yang mewakili negara pada temasya itu juga menerima tajaan perkhidmatan Tune Talk secara percuma selama setahun.

dav

dav

Penajaan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Jason Lo pada majlis di sini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah serta bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

dav

dav

Lo dalam ucapannya berkata Tune Talk telah menyokong arena sukan Paralimpik sejak kejohanan Para Asia di Incheon, Korea Selatan.

dav

dav

“Masyarakat Malaysia akhirnya telah sedar bahawa kita mampu untuk menghasilkan kumpulan atlet luar biasa yang boleh memartabatkan negara,” katanya.

dav

dav

Beliau menjelaskan langkah penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang Tune Talk kepada atlet luar biasa negara.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *