(SUKAN) BHPetrol Orange Run Menyambut Tahun Ke-11 Dengan Larian 11km

Photo 3

PETALING JAYA, 30 Ogos 2016 – Bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dengan menyertai larian untuk amal, BHPetrol Orange Run memperingati tahun ke-11 berturut-turut dengan larian sejauh 11km. Seramai 3,500 pelari menyertai acara tahun ini yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tiga pertubuhan kebajikan.

Photo 1

Pengarah Urusan BHPetrol, Encik Tan Kim Thiam, berkata, “Kami teruja untuk menyambut larian tahunan ke-11 BHPetrol Orange Run. Setiap tahun, larian ini menarik minat ramai peserta. Begitu juga tahun ini. Kami amat menghargai sokongan berterusan yang membolehkan kami membantu golongan kurang bernasib baik.”

“Selain itu, larian ini menghimpunkan rakyat Malaysia dalam usaha untuk menabur bakti kepada masyarakat di samping menyatukan peserta dari segenap lapisan hidup untuk menyokong usaha amal. Memandangkan perayaan hari Merdeka akan tiba tidak lama lagi, Orange Run benar-benar memaparkan semangat 1Malaysia.”

Photo 2

Setelah tamat larian, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Lodin Wok Kamaruddin, Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Beautiful Gate Foundation For The Disabled dan Independent Living & Training Centre Malaysia.

Photo 5

Peserta-peserta dibahagi kepada lapan kategori, iaitu Terbuka Lelaki & Veteran, Terbuka Wanita & Veteran, Budak Lelaki & Perempuan dan Terbuka Antarabangsa Lelaki & Wanita. Peserta berusia 13 tahun dan ke atas menyertai larian yang menyeronokkan ini dan berpeluang untuk merebut hadiah-hadiah menarik.

Pemenang-pemenang setiap kategori menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, bersama baucar BHPetrol.

Photo 4

Pelbagai aktiviti lain dianjurkan sempena dengan BHPetrol Orange Run 2016 termasuk tawaran produk dan gerai pensampelan oleh BHPetrol, AFFIN Bank, Nestlé dan banyak lagi. Larian tahunan ini dianjurkan oleh BHPetrol dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan AFFIN Bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *