(SUKAN) Hari Sarapan Malaysia MILO® Menjangkau Seramai 50,000

milo 1

Putrajaya Mei 29, 2016: Hari Sarapan Malaysia bersama MILO® kini sampai ke acara kemuncak di Putrajaya dan telah mencecah 50,000 peserta di tujuh bandar sekitar Malaysia, termasuk peserta pada hari ini, kira-kira 22,000. Bagi meneruskan misi untuk menekankan kepentingan bersarapan sebagai sumber tenaga utama untuk ‘Miliki Harimu’, para peserta juga dihiburkan dengan sarapan berkhasiat, aktiviti pendidikan dan nasihat pemakanan dengan pakar nutrisi selepas acara larian MILO® sejauh 3km dan 5km, serta Zumba.

milo 2

Ketua Serantau Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Alois Hofbauer berkata, “Pada tahun 2015, kami berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bersarapan kepada kira-kira 3.2 juta murid sekolah. Tahun ini, kami meluaskan sasaran kami kepada lebih rakyat Malaysia di tujuh lokasi untuk menyebarkan mesej kami. Kami telah menerima sambutan yang mengalakkan daripada para peserta dan kami berharap agar acara ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk mengubah tabiat bersarapan mereka serta memupuk tabiat yang bermanfaat ini mulai hari ini.”

“Selaras dengan usaha kami untuk mengukuhkan kepentingan bersarapan, kami juga telah bekerjasama dengan pihak Nutrition Month Malaysia (NMM) pada tahun ini,” kongsi Hofbauer.

“Badan kita kehilangan 80% tenaga semasa tidur. Oleh itu, sarapan yang berkhasiat adalah penting untuk menggantikan kembali tenaga yang hilang supaya kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang maksimum sepanjang hari,” kongsi Cher Siew Wei, Pengurus Pemakanan Korporat, Nestlé (Malaysia) Berhad.

milo 4

Cher turut berkongsi mengenai trend sarapan kanak-kanak di Malaysia yang membimbangkan berdasarkan kajian MyBreakfast Study yang dijalankan bersama 8,705 orang murid sekolah. Kajian tersebut mendapati bahawa 1 daripada 4 kanak-kanak Malaysia tidak bersarapan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Kajian ini juga membuktikan bahawa kanak-kanak yang tidak bersarapan menunjukkan tahap aktiviti fizikal yang lebih rendah. Tambahan pula, didapati kanak-kanak yang mempunyai tahap aktiviti fizikal yang tinggi lebih cenderung untuk minum minuman malt.

“Minuman malt boleh menjadi strategi diet yang berkesan untuk meningkatkan kualiti sarapan secara menyeluruh. MyBreakfast Study juga mendapati bahawa kanak-kanak yang mengambil minuman malt lebih cenderung untuk memenuhi Keperluan Nutrien yang Disarankan [Recommended Nutrient Intake (RNI)] dari segi jumlah pengambilan tenaga, protein dan vitamin-vitamin lain,” tambah Cher.

“Masih ramai rakyat Malaysia tidak sedar akan kepentingan mengambil sarapan pagi. Kami berbangga kerana dapat memberi sokongan kepada inisiatif yang bermakna ini, di mana ia menekankan kepentingan mengambil sarapan berkhasiat,” kongsi Dr. Tee E Siong, Pengerusi Jawatankuasa NMM.

Tambah Hofbauer, “Kami berbesar hati kerana dapat meluaskan acara kami pada tahun ini serta bangga dengan sambutan yang menggalakkan daripada begitu banyak keluarga dari seluruh Malaysia yang menunjukkan semangat yang positif. Selain daripada memupuk tabiat gaya hidup yang sihat di kalangan komuniti, ia juga memberi kami peluang untuk berterima kasih kepada pengguna kami atas sokongan mereka selama ini.”

Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada himpunan sarapan terbesar ini adalah tarian Zumba, permainan bola sepak dan Pengukuran Indeks Jisim Badan oleh pakar nutrisi dari pihak NMM yang berada di Zon Nutrisi untuk memberi nasihat. Cef Fadzly Omar juga mengadakan bengkel resepi penyediaan sarapan yang cepat dan mudah, membuatkan ianya sesuai untuk keluarga yang sibuk.

milo 3

Melaka ialah lokasi pertama jelajah Hari Sarapan Malaysia MILO® pada tahun ini (27 Mac) diikuti oleh Kuantan (10 April), Kota Kinabalu (17 April), Johor (23 April), Pulau Pinang (15 Mei), Kuching (22 Mei), dan di Putrajaya sebagai acara kemuncak untuk perhimpunan sarapan terbesar ini.

Layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut tentang Gerakan Sarapan MILO® dan juga tip-tip sarapan pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *