(SUKAN) Hari Sarapan Terbesar MILO® 2017 menutup tirai dengan acara kemuncak di Putrajaya!

 

Putrajaya, 14 Mei 2017:  Sarapan Pagi Terbesar MILO® meraikan acara penutup untuk tahun 2017 di Putrajaya, setelah berjaya menarik minat hampir 60,000 warga seluruh Malaysia.  Sepanjang dua bulan kempen ini diadakan, MILO terus memperjuangkan kepentingan sarapan pagi dan mengajar ibu bapa tentang tenaga yang diperlukan oleh anak-anak mereka yang masih bersekolah.

“Kami memulakan Sarapan Pagi Terbesar MILO® pada tahun 2013 dalam usaha untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya sarapan yang berkhasiat.  Tahun ini, kami ingin mendidik ibu bapa tentang sarapan bersama MILO®, yang membantu melepaskan tenaga dengan lebih berkesan.  Ini memberikan tenaga yang diperlukan oleh kanak-kanak sepanjang hari. Kami sangat gembira dengan maklumbalas yang diterima dari warga Malaysia seluruh negara tahun ini,” kata Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®.

Berdasarkan satu kajian dalaman, seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa.  Ini sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari separuh maraton. Tahun ini, kempen ini mensasarkan untuk mendidik ibu-bapa di seluruh negara tentang keperluan tenaga harian sebenar anak-anak mereka, dan pada masa yang sama menanam tabiat sarapan pagi yang lebih sihat di kalangan warga Malaysia.

Tan menambah lagi, “MILO® merupakan penyokong dan pemboleh yang hebat dalam menggalakkan individu dan keluarga menjalani hidup dengan lebih sihat.  Acara tahunan Hari Sarapan Terbesar MILO® adalah sebahagian daripada komitmen Nestlé’ terhadap usaha kami dalam meningkatkan kualiti hidup, dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat buat semua.”

Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad, Nurul Iliani Ahmad berkata, sarapan yang seimbang, dengan secawan MILO® akan membantu memberikan tenaga harian yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk kekal bertenaga sepanjang hari. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go™, satu kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting – vitamin dan mineral – yang membantu kanak-kanak mendapat khasiat sarapan yang sepenuhnya dan memastikan mereka memberikan yang terbaik dari segi mental dan fizikal.”

Acara sarapan yang dinanti-nantikan ini dimulakan dengan larian 3KM dan 5 KM dan dirasmikan oleh Cik Philomena Tan, Y.Bhg. Datuk Azizi Ahmad Termizi, Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya, Encik Adnan Pawanteh, Ketua Bahagian Teknikal dan Produksi MYSG, dan Encik Chew Soi Ping,  Ketua Bahagian Jualan MYSG, diikuti dengan sarapan yang berkhasiat. Para pengunjung mengambil bahagian dalam permainan seperti permainan tradisional chapteh, permainan papan bersaiz besar, bola keranjang dan target football; termasuk aktiviti-aktiviti seperti sesi memasak sarapan pagi yang berkhasiat dan kreatif, giant bubbles, tarian buluh sambil dihiburkan oleh pelbagai persembahan; Zumba dan Kumpulan Sorak. Para peserta juga berpeluang memenangi produk dan barangan MILO® menerusi cabutan bertuah dan treasure hunt serta mendalami sejarah of MILO® di gerai MILO® Heritage.

Putrajaya merupakan bandar yang ketujuh dan terakhir menjadi tuan rumah untuk Hari Sarapan Terbesar MILO® tahun ini. Hari Sarapan Terbesar MILO® telah diadakan di 6 bandar lain di Malaysia dalam masa dua bulan. Bandar yang mengambil bahagian tahun ini termasuk Pulau Pinang (19 Mac), Kota Kinabalu (26 Mac), Kuching (2 April), Johor Bahru (8 April), Kuantan (16 April) and Kota Bahru (6 Mei) dan menyaksikan hampir 60,000 penduduk Malaysia bersama keluarga mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Sarapan MILO® campaign, sila lawat: www.milo.com.my.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *