(SUKAN) KEMUNCAK KEJOHANAN SUPERMOTO ASIA FIM  AKAN DIADAKAN DI STADIUM SHAH ALAM PADA 17 – 18 DISEMBER 2016

Spread the love

finale-posterSHAH ALAM, MALAYSIA, 1 DISEMBER 2016 – Pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM siri 2016 akan diadakan di stadium antarabangsa terkemuka, Stadium Shah Alam dari jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. Lebih daripada 20 pelumba antarabangsa dari 14 buah negara akan bertanding untuk kali terakhir yang akan menentukan kedudukan keseluruhan dan pemenang siri 2016.

Stadium kepada Selangor FA dan tuan rumah kepada lawatan konsert dan persaingan bola sepak antarabangsa termasuk lawanan persahabatan antara pasukan Malaysia dengan Chelsea FA dan Arsenal FA. Kapasiti maxima stadium ini adalah 80,372 penonton dan Kejohanan Supermoto Asia FIM akan mengubah sekitar stadium ini kepada trek yang menakjubkan.

Satheswaran Mayachandran, Ketua Pegawai Executive Asia Supersports Group berkata, stadium yang mempunyai daya tarikan akan menjadi tempat yang sempurna untuk tuan rumah kemuncak kejohanan ini. “Stadium Shah Alam mempunyai sejarah yang kukuh dan reputasi dalam penganjuran pelbagai aktiviti sukan antarabangsa. Pertabalan juara keseluruhan kejohanan ini akan menjadi perkara yang bersejarah bagi perlumbaan kami.”

Pertarungan antara Muhd Habibullah (Gabit) dari Malaysia dan Andy McLiesh dari Australia akan mencari kemuncak acara bagi Kelas Terbuka Antarabangsa. Dengan jumlah mata 121 dan 107 masing-masing, sebarang kesilapan di atas trek boleh mengorbankan peluang untuk memeluk piala kejohanan. Abang Gabit, Mohd Al-Amirul Ashshahid (Gaban) pulak berkemungkinan mengambil tempat ketiga, dan nasib ini boleh menjadi pemangkin kepada pelumba Malaysia ini selepas prestasi cemerlang beliau di Malang, Indonesia pada Oktober lalu.

Pada carta Kelas Asia, ianya akan menjadi perlawanan di antara adik-beradik Gabit dan Gaban, dengan peluang tipis untuk Khairi menakluki podium. Walaupun ianya jelas bahawa salah satu daripada penunggang Malaysia akan mengambil tempat teratas bagi kelas ini, tetapi Takashi Sasaki dari Jepun tidak akan melepaskan peluang beliau untuk memperoleh tempat ketiga untuk diri sendirinya.

Pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM adalah satu aktivity yang tidak boleh terlepas, terutamanya apabila kedudukan setiap pelumba ada dalam risiko. Penumpuan sepenuhnya yang akan disaksikan oleh orang ramai akan menutup tirai adegan suka pemotoran 2016 di Malaysia.

Kejohanan Supermoto Asia FIM dianjurkan oleh Asia Supersports Group, sebuah konsortium tiga syarikat iaitu Bikenation Motorsports Sdn Bhd, CW Media Sdn Bhd dan E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd, dengan penyokong antarabangsa dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Malaysia Major Events, Destination NSW, Tourism Hunter, Majlis Bandaraya Newcastle, FIM Asia, Persatuan Automobil Malaysia (AAM), KYT, KTM Malaysia, Premium Dunia Motorsports (PWM) Sdn Bhd, pengedar rasmi Husqvarna di Malaysia, RK South Asia Sdn Bhd dan iM4U.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *