(SUKAN) Larian amal sulung RBC Race for the Kids di Kuala Lumpur berjaya kutip RM 200,000

Spread the love

 rbc-race-for-the-kids-kl-2016-2

KUALA LUMPUR, 16 Oktober  2016 – Lebih 1,500 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat hari ini tampil untuk menjayakan larian amal Royal Bank of Canada (RBC) Race for the Kids, yang julung kali dianjurkan di Kuala Lumpur. Para peserta sama ada berjalan kaki mahupun berjoging sambil menikmati kehijauan di Taman Botani Perdana sebagai tanda sokongan buat Pusat Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.

rbc-race-for-the-kids-kl-2016-1Larian berjarak 5km itu telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM 200,000 untuk disalurkan kepada RMHC Malaysia. Wang tersebut akan digunakan untuk mendirikan Bilik Rangsangan Deria Ronald McDonald di dua buah pusatnya di Lembah Klang. Kedua-dua pusat ini mendidik dan memupuk kesejahteraan anak-anak muda dengan masalah ketakupayaan pembelajaran dan memerlukan bantuan khas. Jumlah kutipan derma yang diraih menerusi larian di Kuala Lumpur ini telah melepasi sasaran awal RM90,000, sekaligus memberi keyakinan untuk RBC dan RMHC menggandakan sasaran tersebut bagi membina tambahan satu bilik.

rbc-race-for-the-kids-kl-2016-3“Kami berasa teruja dengan sambutan hangat untuk larian RBC Race for the Kids yang baru julung kali diadakan di Kuala Lumpur ini. Kami berbangga kerana semua pihak termasuk kakitangan RBC, rakan-rakan, ahli keluarga serta masyarakat setempat semua tampil bersama untuk menyokong usaha murni ini,” kata Doug Moore, Ketua Pegawai Eksekutif, Pasaran Modal Asia RBC dan Ketua Perkhimatan Pelaburan dan Perbendaharaan Asia-Pacifik. “RBC memiliki pengaruh yang kukuh di Malaysia dan kami gembira untuk membawakan RBC Race for the Kids ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada komitmen global kami untuk membantu masyarakat di sini mencapai kemakmuran.”

RBC menubuhkan pejabat pertamanya di Malaysia pada 2008 dan kini menggaji lebih daripada 800 pekerja di Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

“Sokongan yang kami terima daripada RBC dan komuniti adalah amat menggalakkan,” ucap Victor Sim, Presiden, RMHC Malaysia. “Acara ini sungguh indah kerana kutipan derma ini akan dapat dimanfaatkan untuk membantu kanak-kanak dengan masalah ketakupayaan pembelajaran dan memerlukan bantuan istimewa membentuk kemahiran kognitif dan membina keyakinan diri dalam suasana yang positif.”

RBC Race for the Kids Kuala Lumpur adalah tambahan terbaru kepada 11 siri larian amal RBC yang berlangsung di Australia, Canada, Hong Kong, Luxembourg, Malaysia, Trinidad & Tobago, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Sambutan yang diterima RBC Race for the Kids meningkat saban tahun menyaksikan lebih daripada 110,000 peserta mengambil bahagian setakat hari ini dan 26.5 juta Dolar Kanada dikutip dan disalurkan kepada tabung kebajikan di seluruh dunia. Siri larian ini merupakan sebahagian besar komitmen kami terhadap pembangunan kanak-kanak dan remaja melalui ‘RBC Kids Pledge’ (Ikrar Kanak-kanak RBC), iaitu satu janji untuk menyalurkan 100 juta Dolar Kanada dalam tempoh lima tahun untuk menambah baik kesejahteraan lebih sejuta kanak-kanak dan remaja.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *