(SUKAN) Larian Ceria JBL 2017 | Pengalaman Muzik Luar Biasa

 

Malaysia, Julai 12, 2017 – HARMAN, kumpulan audio global, infotainment dan kumpulan automasi global premium (NYSE:HAR), dengan bangganya mengumumkan Larian Ceria Malam 5km JBL yang bakal berlangsung pada 30 September 2017, iaitu hari Sabtu di Stadium Shah Alam dari pukul 5pm to 11pm. Pengedar tunggal tempatan Hot Gadgets Distribution Sdn. Bhd. juga merupakan penganjur bersama yang menjayakan larian ceria yang julung kali dianjurkan JBL ini.

Secara rasminya, Jeff Chin, telah diumumkan sebagai duta jenama Hot Gadgets dan jurucakap untuk Larian Ceria JBL 2017 dalam persidangan akhbar ini. Jeff Chin amat berbakat dalam bidang pengacaraan dan pernah menjadi emsi untuk pelbagai acara, di samping menjadi juruhebah stesen radio MYFM, artis, dan hos rancangan TV. Pada bulan Januari, Jeff telah mengadakan konsertnya sendiri, iaitu “Let’s Go Dud Stand Up Show 2017”. “Kami amat yakin bahawa Jeff Chin dapat meningkatkan imej jenama Hot Gadgets sebagai sebuah syarikat teknologi yang berdaya saing. Ini kerana Jeff Chin seorang yang ghairah terhadap teknologi baru, serta berbakat dalam pelbagai bidang. Kami berasa bangga kerana berpeluang bekerjasama dengan Jeff Chin. Kami meramalkan bahawa projek baru kami akan diusahakan bersama beliau,” kata Encik YC Ng, Pengarah Jualan & Pemasaran Hot Gadgets Distribution Sdn. Bhd.

Larian Ceria Malam 5km JBL yang julung kalinya dianjurkan bertemakan “Pengalaman Muzik Luar Biasa”. Terdapat empat zon muzik yang memainkan genre muzik yang berbeza, di samping persembahan tarian “Street Dance”: Retro, Funk, Hip Hop, dan EDM. Aturan itu adalah dari muzik lama “Retro” tahun 70-an sehinggalah tarian “electronik” tahun 00-an. Para pelari boleh berseronok dan menggerakkan badan mereka dengan ritma dan irama muzik yang dimainkan. Demi menambah keseronokan larian ceria ini, semua peserta akan diberi aksesori LED seperti cermin mata LED, lampu jari LED, batang bercahaya (“glow sticks”), dan  batang bercahaya busa (“foam light sticks”). Di samping menambahkan keceriaan dan kemeriahan acara ini, akesori ini penting untuk menerangi jalan pada waktu malam.

Terdapat dua kategori dalam Larian Ceria JBL:

Kategori Penerangan Jarak Bayaran
JBL Kombo Larian Ceria JBL dan Fon Salur Telinga JBL T110 (bernilai RM69) 5km RM 99
Biasa Larian Ceria JBL 5km RM 70

Pendaftaran boleh dilakukan di: http://www.adrenalineaddict.asia/JBLFunRun2017

Peserta akan menikmati muzik, cahaya malam dan keseronokan berlari pada waktu malam kerana pelbagai aktiviti akan dijalankan.

Jadilah sebahagian daripada larian ceria ini, dan sertai kami untuk membantu golongan yang memerlukan kerana kami sebahagian daripada hasil pendaftaran larian ini akan disalurkan kepada organisasi amal.

Kit larian adalah seperti berikut:

  1. 1 x kemeja-T Dri-fit Larian Ceria JBL
  2. 1 x Pingat Penamat Larian Ceria JBL
  3. 1 x Kit Larian Ceria JBL
    1. 1 x Bib Nombor dan Buku Panduan
    2. 1 x Lampu Jari LED
    3. 1 x Batang Bercahaya Busa (Foam Light Stick)
    4. 1 x Cermin Mata LED
    5. 4 x Batang Bercahaya (Glow Sticks)

Maklumat pengambilan baju & beg goodie adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 – 24 September 2017

Masa: 11 pagi – 6 petang

Tempat: FHL Sports

Alamat: G7, Bgn Perdagangan D6, 801, Jalan Sentul, 51000, KL

Waze: FHL Sports

Sebuah lagi berita yang mendebarkan adalah Karnival JBL akan dijalankan sebagai parti selepas lari, bersama lautan manusia yang penuh dengan cahaya, lampu, dan sinaran. Kami menganjurkan Karnival JBL di ruangan luar dan tertutup; iaitu di Sunway Pyramid dan kini, di Stadium Shah Alam. Karnival JBL akan menyediakan gerai promosi JBL untuk mempamerkan alat audio JBL dalam konsep yang unik, terutamanya untuk model baru JBL. Selain itu, kami akan menyediakan gerai permainan di mana peserta dapat memenangi JBL premium, dan gerai penaja, permainan boleh kembun (“inflatable”) untuk kanak-kanak, gerai cetakan foto yang tidak terhad, dan zon trak makanan untuk mengisi perut yang lapar dengan pelbagi jenis juadah.

Juga, kemuncak Karnival JBL merupakan konsert mini yang memaparkan beberapa artis yang terkenal.

Artis yang pertama Fuying & Sam adalah pop duo dari Malaysia. FS telah memenangi lebih daripada 30 anugerah sejak debut mereka pada tahun 2013. FS juga mencapai keputusan cemerlang di YouTube untuk tontonan video muzik mereka,

Artis yang berikutnya adalah Hael Husaini, yang merupakan juara ‘Akademi Fantasia’ tahun 2013. Hael telah melancarkan album singlenya yang berjudul ‘Jampi’ pada Februari 2017.

Artis yang ketiga adalah Shawn Lee. Beliau merupakan juara Dunia Battlebox Beatbox Ke-4, Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18, dan pemenang Anugerah Perintis Kreatif Muzik tahun 2013. Shawn telah mengambil bahagian dalam pelbagai persembahan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Penaja Larian Ceria 2017

  • Penaja Emas: Lazada (Masukkan UTM: http://bit.ly/2v2zoSS)
  • Audio Rasmi: JBL
  • Kecerdasan Rasmi: Celebrity Fitness
  • Makanan & Minuman Rasmi: I AM 80s
  • Media Dalam Talian Rasmi: ONFM
  • Penaja:
    • Flash Gadgets
    • Garmin
    • [ i ] Store
    • Machines
    • Metrojaya
    • Switch
    • Urban Republic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *