(SUKAN) Lorenzo harap tuah Sepang

Spread the love

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) memberi memori indah kepada pendahulu MotoGP, Jorge Lorenzo dan atas faktor itulah pelumba sensasi Sepanyol itu mahu Sepang sekali lagi membawa tuah kepadanya pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia hujung minggu ini.

Beliau ditemui semasa majlis suaikenal bersama peminat di Alpinestar KL , milik penuh kumpulan  Iktikad Raya Sdn. Bhd.

Apa tidaknya, Lorenzo disahkan juara dunia kategori 250cc di Sepang pada 2007 dan sekali lagi dinobat juara dunia kelas MotoGP pada 2010 di litar sama meskipun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Kini pelumba berusia 25 tahun yang kini berada di Malaysia menjelang perlumbaan hujung minggu ini, mengaku gementar menanti keputusan tiga lagi baki perlumbaan termasuk Sepang kerana menerima saingan sengit Dani Pedrosa.

“Juara dunia idaman semua pelumba. Sudah tentu saya mengharapkan keputusan terbaik pada tiga perlumbaan selepas ini termasuk Sepang.

“Tambah menarik, saya diekori rapat Pedrosa yang kini berada pada prestasi terbaik dan masih berpeluang memburu kejuaraan dunia.

“Kami mempunyai matlamat sama, mengungguli perlumbaan. Apapun, saya pasti terus memberi cabaran pada perlumbaan di Sepang,” katanya.

Selepas 15 perlumbaan, Lorenzo yang menggunakan jentera Yamaha, memimpin saingan MotoGP dengan 310 mata hasil enam kemenangan, hanya lebih 28 mata berbanding Pedrosa.

Pada perlumbaan terakhir di Motegi, Jepun, Pedrosa muncul juara sementara Lorenzo sekadar berpuas hati di tempat kedua.

kredit artikel : metro

kredit gambar : Iktikad Raya Sdn. Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *