(SUKAN) MILO® menghantar 24 kanak-kanak yang layak ke Barcelona

Spread the love

Kuala Lumpur, 2 November 2018: Impian 24 orang juara muda bola sepak di Malaysia telah menjadi kenyataan! Kesemua juara muda ini telah dipilih untuk menjalani latihan selama dua hari di Barca Academy di Estadi del Futbol Club Barcelona – dikenali sebagai Camp Nou. Impian ini dapat direalisasikan kerana adanya Klinik Juara MILO®: Edisi FC Barcelona 2018 (MILO® Champions Clinic: FC Barcelona Edition 2018).

Klinik Juara MILO®: Edisi FC Barcelona 2018, satu program terbaharu dalam Klinik Juara MILO®, memberi peluang kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun untuk mengalami keseronokan bola sepak, di samping memupuk karisma, kerjasama berkumpulan serta kemahiran bola sepak mereka melalui satu klinik bola sepak terdiri daripada lapan sesi latihan. Klinik Juara MILO®: Edisi FC Barcelona 2018 dilancarkan pada Mac 2018, dan telah melatih seramai 1,048 kanak-kanak dari segenap lapisan masyarakat di seluruh negara. Dalam program ini, 24 orang kanak-kanak yang paling cemerlang berpeluang menjalani latihan dengan jurulatih-jurulatih FCBescola yang berkaliber. Mereka akan menyertai 33 orang lagi kanak-kanak dari tujuh negara melalui satu gandingan unik dengan FC Barcelona.

“Klinik Juara MILO® adalah selari dengan komitmen kami terhadap pembangunan sukan peringkat akar umbi, dan berazam membekalkan kanak-kanak dengan pengetahuan, kemahiran serta peralatan yang bermutu tinggi bagi menggalakkan mereka berjinak-jinak dengan sukan. Ia merupakan satu platform yang membolehkan kanak-kanak mengejar minat dan kemahiran dalam sukan. Melalui platform ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada mereka, serta menyuntik sikap dan nilai positif seperti hormat, ketekunan, bercita-cita tinggi, kerjasama berkumpulan, rendah diri, dan semangat juara yang tidak berputus asa,” demikian kata Kumaran Nowuram, Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan MILO® dan Susu, Nestle Products Sdn. Bhd.

“Melalui gandingan dengan FC Barcelona, kami ingin memperkenalkan pengalaman latihan bertaraf dunia kepada komuniti di akar umbi, serta menggalakkan kanak-kanak untuk mengejar impian mereka. Kami sangat bangga dengan pencapaian kami dengan program ini, dan berharap 24 juara muda ini akan membawa pulang pengajaran penting daripada penglibatan mereka di Barcelona – di padang mahupun dalam kehidupan harian mereka,” tambah beliau.

Klinik Juara MILO®: Edisi FC Barcelona diketuai ikon bola sepak kebangsaan, Azman Adnan. Beliau akan bekerjasama dengan beberapa jurulatih tempatan yang telah menerima latihan daripada jurulatih-jurulatih dari FCBescola. Modul latihan klinik bola sepak ini telah dihasilkan oleh beliau sendiri serta jurulatih-jurulatih kumpulannya yang terdiri daripada beberapa bekas pemain nasional serta jurulatih bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Sasaran saya adalah untuk mencungkil bakat baru di akar umbi serta membina kemahiran mereka melalui kerjasama berpasukan, disiplin dan komitmen. Semua kanak-kanak yang telah menjalani latihan dengan kami menunjukkan potensi yang tinggi. Sekiranya diberikan bimbingan dan inspirasi secara berterusan, mereka boleh menjadi juara dalam apa-apa bidang yang diceburi. Maka, program sukan peringkat akar umbi seperti Klinik Juara MILO®: Edisi FC Barcelona bukan sahaja penting dari segi kemajuan sukan tetapi juga peningkatan kendiri. Saya berharap program ini akan diteruskan dengan skop yang lebih besar pada masa depan,” kata beliau.

Seorang lagi pemimpin penting dalam Klinik Juara MILO® ialah ketua jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong. Beliau bertanggungjawab untuk menghasilkan modul futsal Klinik Juara MILO®. “Saya percaya bahawa minat serta semangat berpasukanlah yang membezakan atlet yang baik dengan atlet yang cemerlang. Kemahiran insaniah yang dipelajari mereka dapat membantu mereka mencapai kejayaan di bawah tekanan yang tinggi di padang mahupun dalam kehidupan harian mereka.”

Klinik Juara MILO®: Edisi FC Barcelona 2018 merupakan antara pelbagai inisiatif sukan peringkat akar umbi MILO®, termasuklah MILO® Hidup Bola yang digemari ramai serta Activ Jam Senam Aerobik yang dilancarkan baru-baru ini. Semua program ini telah dihimpunkan di bawah pergerakan MILO® Aktif Negaraku yang dilancarkan pada awal tahun ini bagi membantu lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif. MILO® Aktif Negaraku telah melepasi sasaran bilangan lima juta tersebut berkat pelbagai program hebat ini serta sambutan memberangsangkan daripada masyarakat awam.

Bagi bersorak untuk 24 orang juara muda Klinik Juara MILO® yang bakal berkunjung ke Barcelona, sila layari https://www.milo.com.my/champions-clinic.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *