(SUKAN) NESTLÉ OMEGA PLUS memperkasakan rakyat Malaysia untuk melangkah sejuta batu sempena Bulan Jantung Sedunia menerusi acara Walk A Million Miles

Petaling Jaya, 2 September 2020 – NESTLÉ OMEGA PLUS telah mengorak langkah memulakan gerakan kesihatan jantung di seluruh negara yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung. Sepanjang Bulan Jantung Sedunia pada September ini, NESTLÉ OMEGA PLUS akan menyatukan rakyat menerusi acara Walk A Million Miles, yang bertujuan memerangi kolesterol tinggi demi mencapai sebuah negara yang sihat jantung.

Kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta orang dewasa di Malaysia[1]. Rentak kehidupan yang pantas, gaya hidup kurang aktif, serta pilihan pemakanan yang tidak sihat meyumbang kepada tahap kolesterol yang tinggi. Pada bulan September setiap tahun, Bulan Jantung Sedunia mempromosikan kesihatan jantung serta mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan termasuk kolesterol tinggi.

Disesuaikan dengan norma baharu, Nestlé memberikan suntikan nafas baharu kepada inisiatif Walk-A-Mile tahunannya dengan memperkenalkan acara Walk A Million Miles sempena ulang tahun ke-20 kempen ini. Dengan melangkah satu juta batu (1.6 juta km), rakyat Malaysia memberikan komitmen untuk menjaga kesihatan jantung mereka, bukan hanya untuk diri mereka tetapi juga untuk orang yang tersayang.

Apabila sasaran 1 juta batu berjaya dicapai, sumbangan RM100,000 akan disalurkan kepada rakan kerjasama, Yayasan Jantung Malaysia dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) ke arah menyokong visi bersama untuk membina sebuah negara yang sihat jantung.

“Kami berbesar hati untuk membawakan acara Walk A Million Miles kepada rakyat Malaysia secara lebih bermakna bagi meraikan ulang tahun ke-20 acara ini. Mesej yang ingin kami sampaikan selama 20 tahun ini tidak pernah berubah: Kolesterol tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung. Namun, dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk pemakanan seimbang dan senaman secara berkala, kita boleh merendahkan risikonya,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Sebagai jenama pakar kesihatan jantung, kami percaya bahawa asas dan motivasi penjagaan diri adalah amat penting dalam pengurusan kesihatan jantung. Justeru, kami menyediakan satu penyelesaian mudah supaya rakyat Malaysia dapat mula menjaga kesihatan jantung, serta menjadikan rutin penjagaan kesihatan jantung kebiasaan norma baharu mereka. Kami menyeru agar rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat menyertai NESTLÉ OMEGA PLUS dan mengambil langkah pertama ke arah jantung yang lebih sihat dengan acara Walk A Million Miles. Marilah kita bersama-sama melangkah sejuta batu ke arah mencapai sebuah negara Malaysia yang sihat jantung,” demikian kata Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Kempen rasmi NESTLÉ OMEGA PLUS Walk A Million Miles akan berlangsung dari 1 hingga 30 September 2020, dan peserta yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi “JomRun”. Matlamatnya adalah untuk setiap peserta mencatatkan sebanyak mungkin langkah sepanjang tempoh kempen. Peserta boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran di laman Facebook NESTLÉ OMEGA PLUS.

Walk A Million Miles adalah sebahagian daripada acara yang mengisi kalendar sambutan Bulan Jantung Sedunia sepanjang September termasuk aktiviti serta perkongsian di Facebook NESTLÉ OMEGA PLUS yang membincangkan gaya hidup hidup aktif dan pemakanan untuk jantung yang sihat.

NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk bersikap proaktif dalam menguruskan tahap kolesterol serta meningkatkan kesihatan jantung mereka dengan pemakanan seimbang, senaman berkala, dan mengurangkan pengambilan makanan goreng dan berminyak. Selain itu, pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari terbukti berkesan untuk menurunkan tahap kolesterol[2]. Ia mengandungi 1.2g ActiCol®, sterol tumbuhan yang dapat menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah, sekali gus membantu merendahkan tahap kolesterol.

Untuk menjaga kesihatan jantung dengan NESTLÉ OMEGA PLUS dan sama-sama melangkah sejuta batu menerusi Walk A Million Miles, layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

###

[1]   Kementerian Kesihatan Malaysia – Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2019).

[2] Thomsen AB, et al. Eur J Clin Nutr 2004; 58:860-870

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *