(SUKAN) Pelancaran Formula 1 PETRONAS Grand Prix 2014

Spread the love

IMG_5498crop

Pelancaran Formula 1 PETRONAS Grand Prix 2014 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di ruang legar Pavillion, Kuala Lumpur.  Acara sukan utama dunia ini akan mengisi salah satu slot kalendar promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 14) di mana promosinya akan berlangsung secara berterusan selama 6 minggu sehingga kejohanan sebenar yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Mac 2014.

IMG_5513

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh pengerusi  Sepang International Circuit (SIC), Dato Mokhzani Mahathir  dan menggunakan tema permotoran “ Sepang Comes Alive” bakal menyediakan acara-acara terbaik bersempena acara permotoran terbesar di dunia ini selari dengan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 14).

Jelajah Formula 1 bakal memulakan tirai di empat venue utama.  Antara acara yang bakal berlangsung sepanjang  jelajah Formula 1 ini adalah permainan, pameran 3 Dimensi (3D) Formula 1 serta cabaran simulator perlumbaan F1. Untuk cabaran simulator perlumbaan F1 ini, 10 pemandu terbaik yang mempunyai masa pusingan terpantas di setiap venue jelajah F1 ini akan berpeluang untuk ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di litar Sepang pada 29 Mac ini untuk merebut hadiah utama NISSAN Almera NISMO yang bernilai RM92,000.

Jelajah Formula 1 ini akan memulakan perjalanan jelajah mereka bermula di Pavillion, Kuala Lumpur ke Queensbay Mall Penang dari 27 Februari sehingga 3 Mac 2014 , diikuti Johor Bharu (6 Mac – 9 Mac 2014) sebelum bergerak ke Sunway Pyramid bermula 14 – 16 Mac 2014.

F1 2014 lauinchsmall

PETRONAS yang menjadi rakan penajaan Malaysia Grand Prix semenjak tahun 1999 juga turut sama meraikan ulang tahun edisi ke 16 dengan penganjuran aktiviti sampingan dalam usaha mempromosikan perlumbaan ini antaranya Formula 1 PETRONAS Grand Prix 2014 showcase di Suria KLCC, Formula 1 PETRONAS Grand Prix 2014 : Motorsports Demo Run serta konsert TWIN TOWER @LIVE yang bakal diadakan dipersekitaran KLCC.

SIC juga turut sama menyemarakkan suasana promosi perlumbaan ini dengan menyediakan acara sampingan ketika dan selepas perlumbaan berlangsung antaranya pertunjukkan akrobatik udara oleh pasukan KRISAKTI Malaysia, perlumbaan Porsche Asia Cup, perlumbaan pembukaan Malaysian Super Series (MSS) dan persembahan konsert Calvin Harris.

SIC juga berkerjasama dengan syarikat penyediaan pengangkutan seperti Rapid KL dan Express Rail Link (ERL) demi kelancaran untuk membawa peminat sukan dari kawasan Lembah Klang ke Sepang melalui promosi pakej tiket dan pengangkutan yang berpatutan mengikut kesesuaian kehendak peminat.

Segala maklumat , jelajah promosi dan tiket serta perlumbaan, peminat-peminat boleh layari laman sesawang : www.sepangcircuit.com atau telefon : 03 8778 2222.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *