(SUKAN) Pelancaran Pasukan Mayhem dalam Sukan Permotoran untuk Malaysian Speed Festival 2016: Penampilan khas oleh pelumba Zizan Razak & Faye Kuisairi

may hen 4

25 Mei 2016, Shah Alam –Mayhem Motorsports dengan kerjasama Prince Lubricants memperkenalkan Zizan Razak dan Faye Kusairi sebagai pelumba pasukan mereka yang akan menyertai acara Malaysian Speed Festival 2016 anjuran Ignition.my di litar F1 Sepang diantara bulan June 2016 dan November 2016. Pemilihan dua selebriti ini adalah untuk memberi inspirasi kepada orang muda di luar sana tentang sukan pemotoran. Zizan dan Faye sendiri mempunyai minat yang mendalam dalam dunia sukan permotoran. may hen 2Megat Shazreal selaku pengurus pasukan Mayhem dalam kenyataan, “Pemilihan Zizan disebabkan minat Zizan yang terlalu mendalam dalam bidang sukan permotoran dan beliau mempunyai bakat dalam bidang ini, selain keingian Zizan untuk menjadi peumba yang berjaya dengan bantuan bimbingan jurulatih profesional dan pasukan racing yang sedia lengkap. Pemilihan Faye pula dilihat daripada segi skil beliau yang tinggai sebagai pelumba wanita dan misi kami untuk mengilap bakat beliau untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.”

Acara ini telah dilakuan di pusat membeli belah Gamuda Walk yang baru dibuka tahun lepas di Kota Kemuning Shah Alam dan telah dihadiri oleh rakan media. Usahakerjasama ini juga telah disokong oleh beberapa tajaan daripada Title Sponsor – Price Lubricant, Team Strategic Partner – Perdasama Muda Nasional, Team Partners – Beta Tools, Fast Lap Autoworks, Matspeed, Fawster Suspensions, Mavericks Garage21, Revsuit Apparel, Aaron Spray & Bodyworks, Beltenick Malaysia, Skinfiniti, The Jay Events dan Gamuda Walk Neighborhood mall.

Acara ini dirasmikan oleh ketua pasukan Mayhem Motorsports; En Keifli Othman dan ucapan daripada wakil penganjur Malaysian Speed Festival 2016 disusuli dengan gimik pengenalan Zizan dan Faye dan sessi autograph dengan peminat sebagai pelumba selebriti rasmi pasukan Mayhem Motorsports untuk Malaysian Speed Festival 2016.

may hen 3Disamping itu, kehadiran kelab peminat Zizak Razak (Zizan’s True Fans) dan kelab peminat Faye Kusairi (Faye Kusairi Lovers Klub) memberi sokongan padu untuk mereka berdua memeriahkan lagi majlis pelancaran hari ini. Untuk pengetahuan umum, Zizan akan memandu kereta jenis Honda DC5 dalam acara Race Car Open manakala Faye, memandu Proton Gen2 dalam kategori Race Car 1600. Race Cars Open adalah open
category dimana Zizan akan berlumba dengan kereta CC tinggi dan berturbo. Untuk kategori ini juga, kereta yang bertanding tidak ditetapkan had untuk modifikasi. Manakala untuk kategori Race Cars 1600, Faye akan berentap dengan kereta yang mempunyai 1600 CC dan kebawah. Kategori ini pula mempunyai had terhadap modifikasi kereta perlumbaan dan mereka menggunakan tayar yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *