(SUKAN) PEMBUKAAN CAWANGAN AL-IKHSAN SPORTS ke 170

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 November 2022 – Sebagai sebahagian daripada pelan perkembangan outlet, hari ini Al-Ikhsan Sports membuka kedai yang ke 170 di Balok, Kuantan, Pahang. Pembukaan strategik ini adalah bertujuan bagi memudahkan pelanggan di kawasan tersebut mendapatkan barangan mampu milik di kedai Al-Ikhsan Sports.

Al-Ikhsan Sports turut melihat pembukaan ini sebagai satu peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain membantu merancakkan ekonomi negara.

Al-Ikhsan Sports turut merancang untuk membuka dua lagi outlet sebelum berakhirnya 2022 iaitu di Farenheit88, Bukit Bintang dan Kemaman, Terengganu sebagai pelan jangka masa pendek serta mensasarkan pertumbuhan 100 buah cawangan dalam masa tiga tahun akan datang.

Selain kedai-kedai fizikal, di seluruh semenanjung Malaysia, syarikat peruncit barangan nombor satu Malaysia itu turut memenuhi kehendak pelanggan melalui laman e-dagang rasmi: www.al-ikhsan.com.my serta beberapa e-dagang yang lain seperti Shopee. Istimewanya, Al-Ikhsan Sports turut memperkenalkan sebuah servis di mana “Chat & Shop” membenarkan pelanggan untuk memesan barangan Al-Ikhsan Sports secara langsung daripada kedai yang berhampiran dengan mereka.

Para pelanggan boleh mengikuti akaun rasmi media sosial Al-Ikhsan Sports untuk mengetahui tawaran serta promosi menarik yang terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *