(SUKAN) Pertunjukan Petronas Motorsport 2013

Spread the love

IMG_8456

KUALA LUMPUR – 17 Mac 2013 :  Peminat sukan bermotor Malaysia pada hari ini mendapat hadiah istimewa apabila berpeluang menonton dari dekat aksi pelumba handalan Malaysia, Jazeman Jaafar, Hafizh Syahrin Abdullah, Fariqe Hairuman, Melvin Moh dan Dominic Ang serta barisan bintang-bintang sukan permotoran yang digilap menerusi program Pembangunan Bakat Petronas antaranya  Afiq Ikhwan Yazid serta Nabil Jeffri. IMG_8363

Barisan bintang-bintang pemotoran Malaysia ini telah menjayakan Perlumbaan Pertunjukan Petronas Motorsport di Jalan P. Ramlee dan Jalan Ampang, sempena edisi ke-15 Formula One (F1) Grand Prix Malaysia. Malaysia bakal menjadi tuan rumah pusingan kedua Kejohanan F1 Dunia di Litar Antarabangsa Sepang dari 22 hingga 24 Mac. Jazeman, 19, naib juara British F3 International Series tahun lepas amat bertuah kerana diberikan peluang mengetuai demonstrasi sukan bermotor itu dengan memandu kereta demo Mercedes AMG Formula One Team. Sementara itu, Hafizh Syahrin, yang membuat kejutan melalui penyertaan secara wildcard pada perlumbaan Moto2 dengan menduduki tempat keempat pada MotoGP Grand Prix Malaysia tahun lepas, mempamerkan kemahiran luar biasanya dengan menunggang jentera replika Moto2nya. Antara yang menarik perhatian penonton yang hadir ialah demostrasi pasukan PETRONAS Syntium Team yang dianggotai oleh Fariqe Hairuman, Melvin Moh dan Dominic Ang. Pasukan ini merupakan juara 5 kali perlumbaan Japanese Super Taikyu Series yang menggunakan jentera Mercedes-Benz SLS AMG GT3. Selain mereka, pertunjukan itu akan turut melibatkan penyertaan pelbagai pasukan yang terletak di bawah portfolio Petronas Motorsport antaranya ialah Petronas Hong Leong Yamaha, Petronas Syntium Moto AHM dan Petronas Yamaha-CKJ dari Petronas Asia Road Racing Championship (ARRC) dan Kejohanan Cub Prix Petronas AAM Malaysia.

IMG_8318

IMG_8392

IMG_8411

IMG_8467


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *