(SUKAN) PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2015 KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT DAN MERIAH

Spread the love

Pic 1

Kuala Lumpur, 11 Mac 2015: Para pemain golf di Malaysia kini boleh mengambil bahagian di dalam siri kejohanan golf amatur kebangsaan terbesar Malaysia iaitu Prudential Astro Masters 2015 yang akan berlangsung di 21 lapangan golf serata Malaysia. Para pelanggan Astro yang ingin menyertai kejohanan ini layak mendaftar dengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM288, manakala RM388 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro dan pendaftaran boleh dilakukan di www.golfpeople.com.my. Buat pertama kalinya di dalam siri ini, sekurang-kurangnya seramai 8,000 pemain golf daripada 71 kelab yang terlibat akan mengambil bahagian dalam proses kelayakan.

Pic 2

Prudential Astro Masters 2015 yang kembali untuk tahun ke-18 penganjurannya akan bermula (tee off) pada 19 Mac 2015 di Tropicana Golf & Country Resort, Selangor. Lima lapangan golf terbaru turut disenaraikan untuk pusingan kelayakan pada tahun ini termasuklah Labuan International Golf Club, Damai Golf & Country Club di Kuching, Penang Golf Cub (sebelum ini dikenali sebagai Bukit Jambul GCC), Gunung Raya Golf Resort di Langkawi dan Kelab Golf Seri Selangor.

Para pemain yang berjaya ke pusingan Grand Final akan berentap di Nirvana Bali Golf & Country Club yang indah dan Bali National Golf & Country Club yang baru diubahsuai yang terletak di Bali, Indonesia. Pemain Terbaik Gross dan Terbaik Nett di pusingan Grand Final kemudiannya akan dijemput untuk bertanding di pusingan akhir World Amateur Golf Championship di Belek, Turki yang ditaja oleh World Amateur Golf Championship dan Delta Trend Golf.

  1. Jeganathan, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Prudential Astro Masters berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama berterusan dengan pihak penaja utama, Prudential Assurance Malaysia Berhad dalam penganjuran kejohanan golf amatur terbesar ini sekali lagi. Tahun ini Astro sedang berbincang dengan Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk bekerjasama dalam Associate Member Program mereka yang akan menyaksikan penglibatan lebih 150 kelab golf dan 150,000 pemain golf. Program ini juga akan menumpukan kepada pembangunan arena golf sebagai sukan untuk semua, lantas pelbagai program menarik akan diadakan oleh Astro dan MGA dalam masa terdekat ini.”

 

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia Berhad, Philip Seah berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi penaja utama kejohanan golf amatur yang popular dan berprestij ini. Ianya merupakan satu penghormatan buat kami kerana dapat melibatkan diri dalam satu acara yang telah berjaya menarik ribuan pemain golf setiap tahun. Acara sukan seperti Prudential Astro Masters ini merupakan platform yang baik untuk menyatukan semua lapisan masyarakat atas dasar kecintaan terhadap sukan golf.”

 

Nilai keseluruhan hadiah untuk dimenangi bagi Prudential Astro Masters tahun ini berjumlah hampir RM1 juta. Ini meliputi hadiah bernilai RM30,000 untuk setiap pusingan dan kejohanan ini mempunyai 26 acara secara keseluruhan (termasuk National Final dan Grand Final) serta sebuah kereta premium, Citroen DS5 1.6 THP bernilai hampir RM190,000 sebagai hadiah istimewa hole-in-one. Selain itu, televisyen Panasonic 50 inci LED TV menanti pemenang di semua 21 pusingan kelayakan sebagai hadiah ‘Sure to Win’ hole-in-one di samping pelbagai saguhati dan hadiah cabutan bertuah menarik.

 

Prudential Astro Masters 2015 juga merupakan satu-satunya acara golf amatur tanah air yang akan mempunyai sorotan perlawanan yang akan disiarkan melalui dua saluran iaitu Astro Arena (saluran 801) dan Astro Super Sport 3 (saluran 816). Dalam usaha untuk mempromosikan pelancongan golf tempatan, Prudential Astro Masters 2015 bekerjasama dengan Malindo Air sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan dalam siri golf amatur kebangsaan tahun ini. Para penaja lain termasuklah Titoni, Pharmaton, MST Golf, Bridgestone, Samsonite, Gatorade, Banana Boat, Schick, Golf Pride, Cinta Sayang GCC, Active Guard, Fresh & White, Jakes Charbroil, Candid Powder, TVB, Golf Magazine, Heineken dan 56 Degree Whisky.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.golfpeople.com.my; atau hubungi +603-7803 6226 dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang.

-TAMAT-


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *