(SUKAN) SELANGOR GUNA SENTUHAN MONOLOQUE BANGKITKAN SEMANGAT MERAH KUNING

 
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terus komited dalam membawa pembaharuan terhadap penjenamaan pasukan Selangor dengan menerbitkan lagu rasmi pasukan Selangor menerusi koloborasi bersama pemuzik terkenal tanahair, Monoloque.

Sebelum ini, pasukan bolasepak Selangor telah sinonim dengan lagu “Merah Kuning” yang didendangkan di stadium setiap kali berlangsungnya perlawanan melibatkan Selangor di tempat sendiri. Beberapa artis juga turut menzahirkan sokongan mereka terhadap pasukan Selangor menerusi lagu gubahan mereka sendiri.
Menyedari pengaruh besar lagu rasmi dalam meniupkan semangat, FAS mengorak langkah untuk mendapatkan khidmat Monoloque dalam menghasilkan lagu rasmi pasukan. Monoloque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annuar dikenali sebelum ini bersama kumpulan rock Butterfingers sebelum bergerak solo menerbitkan lagu-lagu popular seperti Kekanda Adinda Ringgit dan juga lagu rasmi Sukan SEA 2017, Tunjuk Belang
Menerusi kerjasama bersama FAS, Monoloque akan menghasilkan sebuah lagu rasmi untuk kegunaan pasukan Selangor sepanjang kempen saingan Liga Malaysia termasuk Liga Super Piala FA dan Piala Malaysia. Bagi Monoloque, peluang menghasilkan lagu untuk Selangor adalah satu penghormatan yang besar buat dirinya sebagai seorang karyawan dan penyokong bolasepak.
“Selangor merupakan pasukan yang cukup besar di Malaysia. Ramai lagenda bolasepak negara lahir dari pasukan ini. Saya mahu menghasilkan lagu yang menjadi siulan penyokong Selangor setiap kali mereka hadir ke stadium untuk menyokong pasukan kesayangan mereka ini kata Monoloque.
Majlis pra pelancaran lagu rasmi Selangor ini serta perjanjian persefahaman antara Monoloque dan FAS diadakan di Mutiara Damansara dengan FAS diwakili oleh Presidennya, Datuk Subahan Kamal sambil disaksikan oleh Pengerusi DS Amal Global Sdn Bhd, Shafizul Dato Mohd Salleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *