(SUKAN) SESI PRA – LATIHAN BERPUSAT KEM BADMINTON ASTRO BERSAMA DATUK WIRA LEE CHONG WEI

????????????????????????

PROGRAM LATIHAN LANJUTAN INTENSIF LUAR NEGARA KEM BADMINTON ASTRO 2016

 

  • Astro melalui cabang tanggungjawab sosialnya, Astro Kasih sekali lagi meneruskan misi pencarian bakat-bakat badminton baru menerusi program Kem Badminton Astro (KBA).

 

  • Bagi menyokong peserta-peserta KBA tahun ini, duta Astro, Datuk Wira Lee Chong Wei telah hadir untuk memberikan tunjuk ajar dan kata-kata semangat dalam latihan pra-berpusat Program Lanjutan Intensif Luar Negara KBA yang berlangsung di Kuala Lumpur.

 

  • Latihan yang bermula dari 16 November hingga 19 November ini diketuai oleh bekas-bekas pemain badminton negara, Wong Choong Hann, Chew Choon Eng, Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming.

 

  • Terbuka kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun, KBA tahun ini telah menjelajah ke 6 lokasi di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan Astro ke Indonesia melalui Tribe, suatu perkhidmatan over-the-top (OTT) video, KBA turut dianjurkan di Surabaya, Indonesia dengan kerjasama Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).

 

  • Seramai 29 peserta yang terdiri daripada 18 lelaki dan 11 perempuan, (25 peserta Malaysia dan 4 peserta Indonesia) telah dipilih untuk menjalani sesi Pra – Latihan Berpusat sebelum bertok ke Tokyo, Jepun pada 20 November hingga 29 November untuk Program Latihan Lanjutan Intensif Luar Negara di Jepun yang akan dikelolakan oleh sepasukan Jurulatih Kebangsaan Jepun.

????????????????????????

MENGENAI KEM BADMINTON ASTRO

 

  • Bagi mendokong misi Persatuan Badminton Malaysia untuk melaksanakan program pembangunan sukan badminton dari akar umbi ke tahap nasional serta usaha melahirkan pemain pelapis yang berpotensi, Astro Kasih menganjurkan Kem Badminton Astro (KBA) untuk meningkatkan kemahiran pemain muda berumur   10 hingga 12 tahun melalui program latihan profesional.

 

  • KBA merupakan kolaborasi di antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Nippon Badminton Association, Jepun (NBA).

 

 

  • Sejak pelancarannya pada tahun 2012, KBA telah mencapai angka lebih 9,300 penyertaan kanak-kanak berbakat. Buat julung kalinya, pada tahun 2016, KBA turut dianjurkan di Surabaya, Indonesia.

 

????????????????????????

  • Pada tahun 2015, Astro Kasih telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama NBA bagi kerjasama strategik selama 3 tahun untuk Program Pembangunan Remaja di mana peserta-peserta KBA yang terpilih akan mendapat peluang untuk menjalani latihan bersama Jurulatih-jurulatih Kebangsaan Persatuan Badminton Nippon (NBA) di Tokyo, Jepun.

 

  • Bagi meneruskan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Astro Kasih telah menyertai Kejohanan Badminton Jemputan SSBJ 2016 baru-baru ini di mana pasukan Astro Kasih/SSBJ yang terdiri daripada 23 peserta KBA yang bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil telah berjaya mendapat kedudukan ketiga dalam kejohanan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *