Kuala Lumpur – sooka Netball Super League 2022 sekali lagi kembali menakluk gelanggang apabila dijadual membuka tirainya di Stadium Juara, Kuala Lumpur bermula 3 Jun hingga 26 Jun 2022.
Saingan selama empat minggu menyaksikan lapan pasukan sama pada edisi sulung yang lalu iaitu KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Melaka Mystic, Negeri Sembilan Venom, Kedah Sunshine dan Pahang Tulip turun memburu mahkota kejuaraan bagi edisi kedua kali ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata, dia berbangga dengan usahasama Astro Arena dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) dalam memacu penglibatan wanita dalam aktiviti sukan serta melestarikan pembangunan sukan wanita ini.
“sooka NSL telah memberi nafas baru dalam mendorong serta mempertingkatkan mutu sukan ini dikalangan wanita supaya lebih berketerampilan dan berdaya saing. Liga berkualiti seperti ini bukan saja mengilap bakat pemain dan meniup kembali semangat golongan wanita untuk bangkit malah berperanan meningkatkan kepimpinan wanita dalam badan sukan, kejurulatihan dan kepegawaian sukan.
“sooka NSL juga telah menjadi platform terbaik untuk program pencarian dan pembangunan bakat disetiap negeri dengan menarik lebih ramai generasi muda merasai pengalaman dan pendedahan beraksi dalam liga profesional seperti ini.” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Alwiyah Talib pula yakin sorakan dan sokongan penonton buat pertama kali akan hadir ke stadium nanti akan merancakkan lagi liga musim ini.
“Tiket akan dikenakan dengan harga yang minimum kepada penonton yang ingin hadir menyaksikan perlawanan nanti. Peminat pasti tidak akan ketinggalan menyaksikan perebutan takhta baru musim ini dengan aksi lebih mencabar berikutan pertukaran format baharu round robin dimana setiap pasukan akan bertemu dan berentap dengan semua pasukan yang ada.”
“Selain penglibatan pemain kebangsaan , kehadiran pemain muda yang berbakat dan lebih bertenaga pasti memberi impak kepada setiap pasukan nanti. Bukan itu saja, malah terdapat pasukan yang akan mengunakan khidmat pemain import pasti menghangatkan lagi pertarungan nanti.” katanya
Beliau juga melihat sooka NSL sebagai medan terbaik pemilihan pemain serta pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia pada September ini sebelum kelayakan untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Dunia tahun hadapan.
Ketua Pembangunan Perniagaan Astro Arena, Preman Parameswaran berkata, sooka NSL menerima sambutan hangat meskipun baru pertama kali diperkenalkan apabila mencatat rating tertinggi 3 Juta tontonan di saluran televisyen Astro Arena dan di aplikasi Astro GO sementara 679 ribu tontonan pula melalui platform digital.
“Perjalanan sooka NSL masih jauh dan panjang namun pihak Astro Arena dan PBJM optimis ini adalah langkah awal buat Malaysia mempunyai liga dalam sukan ini. Dengan populariti dan prestasi cemerlang skuad negara di pentas asia tenggara tidak mustahil sooka NSL mampu menjadi hab sukan antarabangsa dan mencipta jenamanya ke peringkat lebih tinggi satu hari nanti.
“Untuk merialisasikan usaha ini, saya berharap lebih ramai badan-badan korporat, konglomerat tempatan dan antarabangsa tampil membantu membawa golongan wanita ini lebih kompetitif serta memperkasakan lagi legasi sukan wanita paling popular di Malaysia ini”
Buat julung kalinya, pada tahun ini menyaksikan applikasi penstriman popular terbaru, iaitu sooka tampil menjadi penaja utama rasmi dan dikenali sebagai sooka NSL 2022. sooka merupakan perkhidmatan aplikasi penstriman terbaru yang menawarkan siaran langsung aksi sukan lokal dan antarabangsa, drama, filem, dan program hiburan realiti tempatan, serta siri-siri sooka Originals dan sooka First Access yang terkini. Semua kandungan tersebut boleh distrim secara percuma atau berbayar, dan dinikmati melalui telefon mudah alih atau ‘Smart TV’ anda pada bila-bila masa.
Selain itu, jenama pakaian tempatan, Kaki Jersi pula menjadi Penaja Pakaian Rasmi sooka NSL dan juga kehadiran pertama kali dalam industri sukan, syarikat kudapan tempatan iaitu KrupKrap Malaysia, sebagai Penaja Snek Rasmi sooka NSL. Sementara kosmo kekal sebagai Rakan Media Rasmi dan Era pula sebagai Radio Rasmi sooka NSL 2022.
Peminat boleh membeli tiket di www.tickethotline.com.my untuk menyaksikan sooka NSL 2022 di Stadium Juara setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 3- 26 Jun 2022 atau menonton di Astro Arena (Saluran 801), atau melalui aplikasi sooka yang boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple App Store.
Ikuti NSL di Astro Arena di Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | Website