Tag: sooka

(HIBURAN) sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan serta Lebih Banyak Kandungan untuk Memberikan Nilai Kepada Pelanggan

KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2023 – sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan. Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan sooka secara PERCUMA, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih. Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90. Untuk meraikan pelancaran cara-cara baharu untuk menikmati kandungan sooka, rakyat Malaysia dijemput untuk menonton kesemua kandungan sukan SECARA LANGSUNG di sooka secara PERCUMA sepanjang 2 dan 3 Disember. Read more →

(HIBURAN) Pencuri Hati, Program Realiti Selebriti Bachelor yang Pertama di Malaysia bakal menemui peminat bermula 9 Disember

Kuala Lumpur, 29 November 2022 – sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan bakal menayangkan Pencuri Hati – siri sooka Originals pertama berformat Program Realiti Selebriti Bachelor bermula 9 Disember ini. Pelakon dan selebriti tersohor, Zul Ariffin bakal menjadi tumpuan di dalam program realiti tersebut, ditemani oleh 13 peserta wanita bertuah yang telah terpilih melalui proses pencarian pada bulan Ogos lalu. Read more →

(SUKAN) sooka Semarakkan Demam Bola Sepak dengan Kempen World Cup Ikut sooka

KUALA LUMPUR, 7 November 2022 – sooka, aplikasi penstriman aksi sukan LIVE dan kandungan hiperlokal – kini kembali untuk meraikan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ yang bakal tiba. Kempen World Cup Ikut sooka memberi peluang kepada para peminat bola sepak untuk menonton kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ secara langsung, terus daripada peranti mudah alih anda ataupun TV pintar untuk aksi daripada pasukan kegemaran anda melalui skrin yang lebih besar. Read more →

(HIBURAN) sooka Meraikan Tahun Pertamanya di Malaysia Dengan Pelan VIP TV Baharu

Kuala Lumpur, 23 Jun 2022 – sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan, menandakan tahun pertamanya di Malaysia melalui sambutan ‘sooka Dah Besar Sekarang’ di Rex KL hari ini, untuk meraikan pengembangannya ke TV Pintar dengan pelancaran sooka VIP TV, sekaligus memperkenalkan siri Original kedua – Hantu Raya Pergi Perang. Read more →

(SUKAN) sooka NSL 2022 kembali dengan Kemeriahan Peminat – Saksikan keanggunan aksi 8 pasukan merebut takhta juara di semua platform Astro Arena

Kuala Lumpur – sooka Netball Super League 2022 sekali lagi kembali menakluk gelanggang apabila dijadual membuka tirainya di Stadium Juara, Kuala Lumpur bermula 3 Jun hingga 26 Jun 2022. Read more →