(SUKAN) TEMA “SLEEP CAN WAIT” BERI PESERTA EDUCITY SUNDOWN MARATHON ISKANDAR 2017 BERLARI DI BAWAH HAMPARAN BINTANG

ISKANDAR PUTERI, JOHOR 11 NOVEMBER 2017 – Ia merupakan malam yang cukup mengujakan buat 3500 peserta yang mengorbankan waktu tidur mereka untuk menyertai larian Educity Sundown Marathon Iskandar 2017. Acara tersebut ditaja sepenuhnya oleh EduCity Iskandar Malaysia – hab pendidikan bersepadu di Johor.

 

Larian dimulakan dengan pelepasan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Tuan Haji Adib Azhari pada jam 8.30 malam sambil ditemani Puan Joanne Oei Wen Li, Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan EduCity. Turut hadir ialah Tuan Noorazam bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Johor serta pegawai-pegawai kerajaan.

Larian menyaksikan Johor menjadi tuan rumah kepada pelumba-pelumba antarabangsa dari Australia, Amerika Syarikat, Great Britain, Nepal, Indonesia, Singapura, China, Perancis, India, Iran, Jepun, Macau, Belanda, Filipina dan Afrika Selatan. Komuniti larian di Johor juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama berlari di bawah hamparan bintang-bintang yang indah. Tema “Sleep Can Wait” sememangnya memberi motivasi kepada para peserta untuk menikmati larian dalam usaha mereka menjalani gaya hidup yang sihat.

Peserta untuk larian 5km, 10km, 21.1km (maraton separuh) dan 42.195 (maraton penuh) dilepaskan berperingkat bermula jam 8.30 malam, 9.30 malam, 10.30 malam dan 10.00 malam. Bagi peserta yang bermatlamat menamatkan larian dalam tempoh tertentu, mereka dibantu oleh pacers yang dipasangkan belon helium berdasarkan catatan yang diinginkan. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM 10000 tunai dan juga pingat.

YBhg.Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB) dalam ucapannya menyebut, “Educity Sundown Marathon Iskandar 2017 adalah sebahagian daripada inisiatif IIB untuk meletakkan Iskandar Puteri sebagai destinasi sukan pilihan selain mempromosikan gaya hidup yang sihat. Ia juga untuk meraikan Iskandar Puteri yang kini diisytiharkan dengan status bandar. Melangkah ke hadapan, IIB akan membawa lebih banyak acara sukan di Iskandar Puteri sepanjang 2017 – 2018. Ini sekaligus menjadikan Iskandar Puteri sebagai hab dan destinasi sukan di rantau ini, terutamanya dengan SUKMA yang akan dihoskan oleh Johor pada 2020.

Peserta dan hadirin turut disajikan dengan aktiviti-aktiviti menarik di Perkampungan Larian (Race Village) seperti tayangan filem blockbuster dan persembahan kumpulan band popular. Foodtruk yang memenuhi lingkaran tengah kawasan Race Village juga turut menceriakan lagi suasana karnival.

Pengarah Acara, Mohd Bukhari Ismail berkata, “Lebih 4,000 orang mengunjungi Race Village kami tahun ini. Sudah tentu kami teruja dengan jumlah kehadiran yang besar ini. Ia menunjukkan larian waktu malam adalah pilihan utama untuk komuniti maraton serta mereka yang ingin memulakan gaya hidup sihat dengan cara berlari.”

Pengasas Sundown, Adrian Mok yang turut hadir menyaksikan sendiri berlangsungnya acara ini nyata kagum dengan pencapaian membanggakan yang telah dicapai edisi kali ini. “Kerjasama dalam dua edisi sebelum ini di EduCity telah melonjakkan keyakinan kami untuk membawa lebih banyak acara hebat di Johor” katanya. “Kami turut gembira dengan sokongan berterusan EduCity dalam memberi peluang melebarkan jenama kami ke peringkat antarabangsa” tambah Mok.

Kategori acara maraton penuh lelaki dimenangi oleh Mohamad Izam Shah bin Zainal Abidin dari Malaysia dengan catatan masa 03:23:03 menewaskan dua pelari British, Henry De Renzy-Martin dan Christopher Timms yang masing-masing mencatatkan masa 03:24:22 dan 03:43:02.

“Berlari pada waktu malam yang penuh dengan pelari-pelari yang bersemangat ini benar-benar membuat maraton malam ini cukup bermakna. Saya harus mengakui Village Race yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik membuatkan acara ini lebih istimewa. Ia juga dianjurkan dengan baik dan berorganisasi. Peserta dan hadirin dapat menikmatinya dengan gembira. Saya pasti akan menyertai lagi Sundown Maraton pada masa hadapan” kata Mohamad Izam Shah Bin Zainal Abidin.

Sementara itu, Esther Yong Keow Lee dari  Malaysia memenangi acara maraton penuh wanita selepas menamatkan larian dengan catatan 04:20:11. Seorang lagi peserta Malaysia, Tan Hong Wee di tempat kedua sementara Aileen Ho dari Singapura di tangga ketiga.

“Laluan larian sangat menyeronokkan membuatkan saya bermotivasi untuk meneruskan larian. Berlari pada waktu malam dengan udara yang nyaman turut membantu menenangkan fikiran selain memberi fokus dalam menamatkan larian. Race Village pula memberi peluang peserta beramah mesra dan menghabiskan masa dengan aktiviti menyeronokkan. Persahabatan di kalangan pelari adalah penting kerana ia membantu anda untuk memacu larian lebih jauh lagi” kata Esther Yong Keow Lee.

 

Untuk maklumat lanjut, layari  http://www.sundownmarathon.com/iskandar/

 

Men’s Fun Marathon Results

 

NO NAME TIME
1  Mohamad Izam Shah Bin Zainal Abidin (Malaysia) 03:23:03
2  Henry De Renzy-Martin (Great Britain) 03:24:22
3  Christopher Timms (Great Britain) 03:43:02
4  Ramli Bin Yusof (Malaysia) 03:43:45
5  Tan Song Hua (Malaysia) 03:48:43

 

Women’s Full Marathon Results

 

NO NAME TIME
1  Esther Yong Keow Lee (Malaysia) 04:20:11
2  Tan Hong Wee (Malaysia) 04:26:57
3  Aileen Ho (Singapore) 04:41:51
4  Yong Yoke Mei (Malaysia) 04:45:54
5  Low Huei Shyan (Malaysia) 04:48:18

 


 

Men’s Half Marathon Results

 

NO NAME TIME
1  Benedict Neo Shun Jie (Malaysia) 01:25:52
2  Eng Hup Boh (Malaysia) 01:28:02
3  Mohamad Zahriel Bin Abdul Rahim (Malaysia) 01:28:12
4  Brian Angwin (Singapore) 01:30:14
5  Mohamad Fadzil Bin Ab Karnim (Malaysia) 01:39:36

 

Women’s Half Marathon Results

 

NO NAME TIME
1  DANIELLE ANDERSON (Australia) 01:55:46
2  ZUNITA BTE RAMLI (Malaysia) 01:57:47
3  SII DUANG HIE (Malaysia) 02:04:10
4  WAI THING LAW (Singapore) 02:04:33
5  SITI KHADIJAH BINTI SHAABAN (Malaysia) 02:04:56

 

Men’s 10KM Results

 

NO NAME TIME
1  MARCUS ONG MING WEI (Singapore) 00:34:45
2  YAZID HARITH BIN SYAHRUL ANUAR (Malaysia) 00:36:33
3  DINESH VARMA A/L SELVAM (Malaysia) 00:36:46
4  PHONG TONG YEE (Malaysia) 00:36:53
5  MUHAMMAD ZAQWAN BIN MOHD YUSOF (Malaysia) 00:41:53

 

Women’s 10KM Results

 

NO NAME TIME
1  ASHA NIVEN (Malaysia) 00:40:05
2  LOW YIP MENG (Malaysia) 00:54:34
3 SHARON BROWN (United States) 00:55:33
4  GAN SIAU YEN (Malaysia) 01:00:58
5  TAMILZCHELVI RAMASAMY (Malaysia) 01:01:23

 


 

Educity Sundown Marathon Iskandar 2017

11 November 2017

Saturday Educity Main Stadium, Iskandar, Johor

06:00 PM – 06:30 AM

 

Race Prizes

 

PRIZES 1ST 2ND 3RD 4TH 5TH
10KM CHALLENGE 

(Male & Female)

RM 500 RM 250 RM 150
21.1 KM HALF MARATHON

(Male & Female)

RM 1000 RM 500 RM 300 RM 150 RM 100
42.195 KM FULL MARATHON

(Male & Female)

RM1500 RM750 RM400 RM300 RM250

 

About Iskandar Investment Berhad (IIB)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *