(SEMASA) MILO® with Whole Grain Cereal: Minuman pagi pilihan juara yang ringan lagi bertenaga

Memulakan hari anda setiap pagi sememangnya mencabar. Namun, permulaan hari anda kini dapat disempurnakan dengan MILO® with Whole Grain Cereal, minuman sarapan pagi yang ringan namun padat tenaga. Dengan 25% lebih bijirin dan tinggi serat, MILO® with Whole Grain Cereal minuman berkhasiat yang boleh memastikan anda kekal kenyang untuk tempoh yang lebih panjang tanpa rasa bebanan sarapan yang berat.

Satu hidangan MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi 8g bijian penuh yang memenuhi 17% saranan keperluan pengambilan bijian penuh sehari. Bijian penuh merupakan sumber pelbagai nutrien utama seperti protein, serat, karbohidrat, vitamin dan mineral.

Dengan kebaikan semula jadi malt, susu dan koko, MILO® mengandungi ACTIV-GO®, iaitu kombinasi unik pelbagai nutrien penting termasuklah vitamin B untuk pembebasan tenaga yang efisien daripada makanan, menjadikannya minuman ideal untuk sarapan pagi yang bertenaga.

“MILO® with Whole Grain Cereal merupakan pilihan terbaharu dalam rangkaian produk MILO® khusus untuk memenuhi keperluan pengguna kami yang muda dan moden dalam mengemudi kesibukan seharian. Sarapan pilihan juara yang mudah, berkhasiat, ringan lagi bertenaga, MILO® with Whole Grain Cereal memastikan mereka kenyang tanpa bebanan sarapan pagi yang terlalu berat untuk membantu mereka mencapai matlamat harian.

Produk ini juga selari dengan komitmen berterusan kami untuk menghasilkan pilihan MILO® yang berkhasiat untuk manfaat rakyat Malaysia,” kata Kumaran Nowuram, Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Milo dan Susu, Nestlé Products Sdn. Bhd.

Di bawah MILO® Aktif Negaraku – iaitu program yang menghimpunkan semua program sukan MILO® termasuk MILO® Hidup Bola, MILO® Champions Clinic dan MILO® Activ Jam Senam Aerobik atas satu platform bersepadu – MILO® menyeru semua rakyat Malaysia agar kekal aktif dengan produk yang berkhasiat dan bertenaga seperti MILO® with Whole Grain Cereal.

Sejak dilancarkan pada tahun lalu, MILO® Aktif Negaraku telah membangkitkan semangat dan menggerakkan lebih 5 juta rakyat Malaysia.

Semua pilihan MILO®, termasuk MILO® with Whole Grain Cereal memenuhi kriteria nutrien Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna semua produk MILO® termasuk MILO® with Whole Grain Cereal mempunyai kandungan lemak dan gula yang lebih rendah berbanding dengan produk lain tanpa logo HCL dalam kategori minuman malt.

Untuk menikmati secawan MILO® with Whole Grain Cereal yang sempurna, anda hanya perlu menambahkan 200ml air panas kepada satu paket hidangan 36g. Walaupun enak diminum begitu sahaja, MILO® with Whole Grain Cereal sesuai dipadankan dengan buah-buahan kegemaran anda.

Jadikan MILO® with Whole Grain Cereal pilihan sarapan pagi anda untuk menyokong gaya hidup yang aktif dan sihat. Kunjungilah kedai berdekatan atau dapatkan maklumat lanjut di www.milo.com.my/whole-grain-cereal.
###

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *