Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi berteraskan bidang seni, budaya dan warisan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bakal menganjurkan Festival Teater Antarnusa 2026 (FTA 2026). Festival berprestij anjuran Fakulti Teater, ASWARA ini akan berlangsung selama empat (4) hari berturut-turut bermula 16 hingga 19 Julai 2026, bertempat di Kampus ASWARA, Kuala Lumpur. Read more →
