Tag: ACARA

(SUKAN) ACARA ILLUMI RUN SATU KEJAYAAN YANG BERGEMERLAPAN DENGAN PENYERTAAN LEBIH 4,000 PESERTA

Kuala Lumpur, 13 Januari 2018: Acara larian ILLUMI RUN Malaysia telah berlangsung dengan catatan hebat di Kelab Turf Selangor, apabila berjaya menarik lebih daripada 4,000 peminat sukan larian santai dan peminat acara festival. Read more →

(SUKAN) Acara Walk-A-Mile 2017 menyeru rakyat Malaysia agar lebih proaktif demi kesihatan jantung optimum

Kuala Lumpur, 23 September 2017 — Sempena sambutan Bulan Jantung Sedunia, jenama susu terkemuka NESTLÉ® OMEGA PLUS® dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah melancarkan acara Walk-A-Mile ke-16 di Taman Tasik Perdana hari ini. Acara tahunan ini merupakan antara komitmen berterusan NESTLÉ untuk menyeru rakyat Malaysia agar lebih proaktif dengan mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan jantung yang optimum. Read more →

(SUKAN) Acara Larian Pramusaji Anggerik MFBEA 2014

IMG-20140923-WA001
MFBEA menyedari kepentingan industri makanan dan minuman di Malaysia, dengan pertumbuhan yang menggalakkan dan juga peluang di dalam rantaian bekalan Makanan & Minuman, bagi meluaskan potensi untuk mewujudkan pekerjaan baru dalam industri hospitaliti dan perkhidmatan, penggunaan teknologi baru yang akan mempercepatkan dan juga secara tidak langsung memberi sumbangan permodenan kepada industri penyediaan Makanan & Minuman di Malaysia. Melalui slogan kami iaitu ’Dari Industri kepada Industri’, adalah menjadi harapan kami, untuk menjadikan Larian Pramusaji Anggerik MFBEA 2014 sebagai acara tahunan dan ianya bukan sahaja terbuka kepada pekerja di dalam industri, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia dan juga warga asing secara umum. Read more →

(HIBURAN) ACARA MENCORAK ARCA TERBESAR ANUGERAH JUARA LAGU 27

1 Disember 2012 – Setelah 12 buah lagu terbaik daripada Hafiz & Adira, Azlan & The Typewriter, Stacy, One Nation Emcees & Jimmy Palikat, Yuna, Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Black & RJ, Hazama & Amy Search, Mojo dan Shila Amzah telah berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 27. Pihak penganjur TV3 telah mengadakan satu acara untuk mencorak arca logo AJL 27. Acara ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) dengan cara menggabungkan seni dan muzik di dalam satu acara mencorak arca logo AJL 27 yang diketuai oleh pelukis-pelukis terkenal tempatan iaitu Orkibal, An-Nyssa (Yante Ismail) dan Donald Abraham bersama finalis AJL 27, ahli-ahli MyTV3, para pelajar IACT serta para peminat telah berlangsung di 3 lokasi secara serentak pada hari hari ini. Read more →