Tag: ACHEY (Harun Salim Bachik)

(HIBURAN) Konsert Akhir BMB Cecah 5 Juta Penonton

Logo BMB akhirsmall

Tahniah diucapkan kepada Achey (Mohd.Nasir Hamzah), anak didik kepada Harun Salim Bachik yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Bintang Mencari Bintang (BMB) pada malam Ahad (23 Jun) yang lepas. Lebih teruja, kemuncak BMB berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.8 juta (16.2 TVR) atau 54.4% syer penonton. (sumber: Nielsen Audience Measurement) Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan BMB Akhir telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah hampir 5 juta sepanjang siaran dari jam 9.00 – 12.00 tengah malam pada 23 Jun yang lepas. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : BOCIK, ACHEY, TAPAW & TITAN MARA KE KONSERT AKHIR

Titan, Bocik, Achey & Tapaw berentap di konsert akhir BMB

Selepas hampir 3 bulan berentap di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB), akhirnya hanya tinggal Bocik & Bowl (Afdlin Shauki), Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Titan (Sabri Yunus) untuk merebut tiket ke Konsert Akhir BMB yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Jun 2013. Konsert separuh akhir ke-3 BMB menyaksikan Bocik, Achey, Tapaw dan Titan melangkah ke peringkat akhir sekaligus berentap untuk merangkul gelaran juara BMB dan hadiah wang tunai sebanyak RM 200,000. Read more →

(HIBURAN) BOWL Pamer Persembahan Hebat Sekaligus Ungguli Konsert Kedua

Kumpulan BOWL bersama Sifunya, Afdlin Shauki

Bintang Mencari Bintang (BMB) kini lebih mantap dan bertenaga! Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) kembali beraksi malam ini untuk membuktikan kehebatan yang mereka miliki di pentas BMB. Selepas seminggu memberi laluan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian minggu lalu, Kumpulan A mempunyai waktu rehat dan latihan yang lebih panjang untuk membuat persiapan untuk persembahan mereka. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang (BMB) – KUMPULAN A MEMBUKA GELANGGANG AHAD INI

KUMPULAN A BMB (2)

Mensasarkan bakat baru yang berkebolehan dalam 2 bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian, program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) telah mempamerkan kemampuan anak didik yang terdiri daripada 2 solo dan 10 kumpulan menerusi konsert pengenalannya pada 10 Mac & 17 Mac 2013. Minggu lalu, para penonton telah menyaksikan pembahagian 12 anak didik kepada Kumpulan A dan Kumpulan B sebelum persaingan pertama BMB bermula pada 24 Mac 2013. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang – SERATA GALAKSI MENCARI LEGASI

aksi BOWL bersama hos BMB

KUMPULAN A MEMBUKA GELANGGANG BMB AHAD INI

Selama 2 minggu, program realiti terbaru TV3, Bintang Mencari Bintang (BMB) telah mempamerkan kemampuan 2 solo dan 10 kumpulan menerusi konsert pengenalannya pada 10 Mac & 17 Mac. Ahad ini, Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) akan memulakan persaingan pertama di gelanggang BMB. Read more →