Berakhir sudah malam gilang-gemilang Anugerah Industri Muzik 2013 (AIM ke 20). Bermula dengan acara karpet glamor, AIM 20 kali ini diserikan dengan gandingan pengacara Dato’ Aznil dan Nabil Ahmad yang merupakan pelawak tersohor Malaysia. Anugerah Industri Muzik 2013 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil bermula 8.30 malam dengan acara Karpet Glamor AIM dan kemudian pada pukul 9 malam pula diteruskan dengan acara penyampaian anugerah. Malam kegemilangan AIM 2013 membuka tirainya dengan persembahan hebat artis terkenal Malaysia antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz Suip, Ning Baizura, Shila Amzah, Spider, Najwa Latif dan Aizat. Malah, penyanyi popular dari seberang iaitu Dato’ Rossa dan Afghan akan turut sama menyerikan pentas AIM 20. Read more →