Tag: AKU SENDIRI

(HIBURAN) SUFI RASHID TERUS MELANGKAH DALAM ‘AKU SENDIRI’

KUALA LUMPUR, 10 November 2017 – Juara Akademi Fantasia AF2015 yang baharu sahaja memenangi ‘Lagu Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2017’ yang telah berlangsung di negara jiran Singapura dan salah seorang peserta AF Megastar, Sufi Rashid kembali menghangatkan industri muzik tanah air selepas menerima sambutan luar biasa menerusi single ‘Aku Sanggup’ yang memperoleh hampir 11 juta tontonan di laman sesawang YouTube. Kini, lebih bersemangat dan yakin, Sufi kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Aku Sendiri’ hasil ciptaan bersama penyanyi serta komposer muda berbakat besar, Haqiem Rusli. Read more →