Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Teka-teki siapakah pelakon yang akan membawakan watak superhero ikonik Malaysia, KELUANG MAN akhirnya terjawab apabila bintang aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T dipilih untuk memegang peranan itu. Muncul di atas pentas majlis pelancaran dengan menanggalkan topeng KELUANG MAN, Nas bakal digandingkan dengan pelakon utama yang lain seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor. Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar. Read more →
Tag: astro shaw
(HIBURAN) NAS MUAMMAR ZAR SUPERHERO IKONIK MALAYSIA, KELUANG MAN! TURUT DIBINTANGI REMY ISHAK, ANWAAR BEG MOGHAL & DATUK ROSYAM NOR
(HIBURAN) POLIS EVO 3 DIABADIKAN DI MURAL GERGASI
Kuala Lumpur, 25 Jun 2023 – Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor 1 paling laris 2023. Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi. Read more →
(HIBURAN) DIDI & FRIENDS THE MOVIE ANIMASI LUAR BIASA & PENUH DENGAN KESERONOKAN UNTUK TONTONAN SEISI KELUARGA
Petaling Jaya, 15 Januari 2023 – Animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini. Dengan durasi filem 104 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo. Read more →
(HIBURAN) Mechamato Movie, Filem Animasi Keluarga Bertaraf Antarabangsa Di Pawagam 8 Disember Ini.
Kuala Lumpur, 29 Nov 2022 – Satu penantian yang sangat berbaloi buat peminat dan penggemar animasi popular Mechamato apabila Mechamato Movie terbitan bersama MONSTA dan Astro Shaw akan ditayangkan serentak pada 8 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Read more →


