27 Mei 2024, Kuala Lumpur – Kini giliran filem The Experts terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures mengungguli carta kutipan filem tempatan dengan meraih kutipan RM5 juta dalam tempoh 4 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara. Read more →
Tag: astro shaw
(HIBURAN) FILEM THE EXPERTS UNGGULI BOX OFFICE 4 HARI TAYANGAN RM 5 JUTA!
DI ANTARA PERTALIAN DARAH DAN PERTARUHAN BERANI: ‘THE EXPERTS’ TAMPILKAN AKSI HEIST PENUH BERGAYA
17 Mei 2024, Kuala Lumpur – Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir. Filem ‘The Experts’ yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist. Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata. ‘The Experts’ menjanjikan pengalaman sinematik dengan kualiti produksi bertaraf antarabangsa, menggabungkan elemen aksi yang penuh ‘thrill’, elemen kekeluargaan dan humor yang relevan dengan penonton tempatan. Read more →
(HIBURAN) SHERIFF RAIH KUTIPAN MELEBIHI RM1 JUTA PADA TAYANGAN AWAL!
18 April 2024, Kuala Lumpur – Filem arahan Syafiq Yusof, SHERIFF telah meraih kutipan melebihi RM 1 juta pada tayangan awal (‘sneak preview’) pada 17 April di pawagam dan sekali gus berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia dan mengetepikan filem antarabangsa. Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, dan akan memulakan tayangan rasminya pada hari ini di panggung wayang seluruh negara. Read more →
(HIBURAN) ‘RAJA PLOT TWIST’ SYAFIQ YUSOF SEKALI LAGI MENGEJUTKAN PEMINAT MENERUSI FILEM AKSI THRILLER DI LUAR JANGKAAN
16 April 2024, Kuala Lumpur – Sheriff yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara merupakan sentuhan terbaru pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof. Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April. Read more →
(SEMASA) KELUANG MAN KINI BERAKSI KHAS HASIL KERJASAMA DINAMIK WONDA COFFEE DAN ASTRO SHAW!
2 MAC 2024, KUALA LUMPUR – Siap sedia untuk menyelami alam penuh keterujaan dan keajaiban kerana Wonda Coffee bersama Astro Shaw bakal merealisasikan Keluang Man – adiwira kesayangan Malaysia. Keluang Man, ikon adiwira yang cukup simbolik dalam budaya Malaysia dan terkenal dengan kualiti seperti semangat keberanian, ketabahan, dan kekuatan. Menerusi kerjasama ini, WONDA Coffee dan Astro Shaw berhasrat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga menerapkan nilai-nilai ini kepada generasi muda. Filem aksi langsung terbitan Astro Shaw ini diarah dan ditulis oleh Anwari Ashraf, berdasarkan siri animasi ikonik yang popular pada tahun 1990-an, menjanjikan rakyat Malaysia satu pengalaman sinematik baharu pada abad ini. Read more →
