Tag: astro

(HIBURAN) Oh My English! After School Tampil Pembelajaran Bahasa Inggeris Di Luar Bilik Darjah

Para tetamu kehormat bersama barisan pelakon Oh My English! After Schoolcrop

Kuala Lumpur, 25 Julai 2016 – Rancangan edutainment paling popular di Malaysia, Oh My English! kembali menemui peminatnya menerusi siri terbaharunya, Oh My English! After School yang bakal bersiaran 31 Julai ini di Astro TVIQ, saluran 610 dan serentak dalam definisi tinggi di Astro Maya HD, saluran 135. Bakal membawa pembelajaran Bahasa Inggeris ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dan dalam situasi yang berbeza, Oh My English! After School kali ini menampilkan barisan pelakon popular yang akan menghiburkan peminat setia siri ini dengan dialog lucu dan keletah bersahaja mereka. Read more →

(HIBURAN) DRAMA BERSIRI ‘PECAH TV’ KINI DIANGKAT KE LAYAR PERAK – Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Kembali Bergandingan Dalam Filem JEBAT

MR1_7028

Kuala Lumpur, 6 Jun 2016 – Drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ yang bersiaran menerusi saluran Mustika HD dan Bella pada tahun 2013, pernah mencipta fenomenanya tersendiri. Malah, drama 60 episod ini turut meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati penonton kerana jalan cerita dan lakonan mantap kesemua pelakon yang terlibat. Read more →

(SEMASA) ASTRO LANCAR “IMAN” BERSEMPENA RAMADAN – Tampil Pelbagai Kandungan Islamik Menarik Bantu Anak-Anak Kenali Dengan Lebih Mendalam Lagi Perkara-Perkara Asas Agama Islam

 

SAM_8662smallKuala Lumpur, 2 JUN 2016 – Istimewa Ramadan ini, Astro melancarkan jenama baharu, “Iman” yang mengenengahkan kandungan Islam menarik khas untuk anak-anak kecil. Jenama Iman, yang bakal menampilkan seleksi kandungan pendidikan Islam yang dipersembahkan melalui medium yang pelbagai ini mensasarkan kanak-kanak seawal usia 4 tahun. Iman merupakan satu aspirasi Astro untuk membantu anak-anak di rumah memahami dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi perkara-perkara asas berkenaan agama Islam merangkumi Fardhu Ain, pendidikan akhlak, doa dan sebagainya Read more →

(SUKAN) SAMBUTAN HEBAT DI 3 LOKASI PERTAMA KEM BADMINTON ASTRO 2016

JB - Action (1)Kuala Lumpur, 20 April 2016 – Reputasi sukan badminton sebagai sukan kegemaran rakyat Malaysia sudah  tidak asing lagi dan oleh yang demikian, Astro melalui cabang tanggungjawab sosialnya, Astro Kasih sekali lagi meneruskan misi pencarian bakat-bakat baru yang berpotensi digilap menjadi bintang badminton negara menerusi program Kem Badminton Astro. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun, Astro Kasih kali ini menjelajah ke 6 lokasi di seluruh negara bagi mengenal pasti bakat yang boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi, dengan Pulau Pinang, menjadi lokasi keempat Kem Badminton Astro 2016. Read more →

(SUKAN) LIPUTAN MENYELURUH UEFA EURO 2016TM MENERUSI PELBAGAI SKRIN, HANYA DI ASTRO

From left, Fernando Morientes, Henry Tan, Chief Operating Officer, Astro_ Lee Choong Khay, Astro's Head of Sports BusinessKUALA LUMPUR, 7 APRIL 2016 – Adakah pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri? Mampukan pasukan Sepanyol menyekat kemaraan Jerman, pemenang Piala Dunia dalam mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut? Bersedia untuk menonton segala aksi dan drama UEFA EURO 2016TM melalui liputan menyeluruh Astro – sama ada di televisyen, atas talian, mobil mahupun radio! Sebaga penyiar rasmi dan eksklusif UEFA EURO 2016TM di Malaysia, Astro menawarkan kesemua 51 perlawanan secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016TM kali ini (HD: Saluran 841 & 842) dan SD: Saluran 821 & 822).  Read more →