Tag: Nelydia Senrose

(HIBURAN) DRAMA BERSIRI ‘PECAH TV’ KINI DIANGKAT KE LAYAR PERAK – Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Kembali Bergandingan Dalam Filem JEBAT

MR1_7028

Kuala Lumpur, 6 Jun 2016 – Drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ yang bersiaran menerusi saluran Mustika HD dan Bella pada tahun 2013, pernah mencipta fenomenanya tersendiri. Malah, drama 60 episod ini turut meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati penonton kerana jalan cerita dan lakonan mantap kesemua pelakon yang terlibat. Read more →

(HIBURAN) “Cinderella” satu kenangan buat Ahmad Idham

IMG_2907

Filem arahan Ahmad Idham, Cinderella, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Disember 2013.

Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu.

Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen. Read more →

(HIBURAN) Slot Drama Terbaru di AKASIA ‘Cinta Jannah’

Poster Cinta Jannahcropsmall

Cinta tidak boleh dipaksa, kadang-kadang cinta boleh datang dan pergi dengan sekelip mata.  Perlukah kita berbohong demi meraih cinta sejati?  Adakah campur tangan keluarga dapat menghalang dua hati yang sudah terpaut? Dengan gandingan dua pelakon muda yang sedang meningkat naik, Aeril Zafrel yang sedang meniti nama di Hollywood bersama pelakon jelita yang popular dengan drama ‘Setia Hujung Nyawa’, pasti gabungan pelakon dan jalan cerita yang mantap, drama terbaru untuk slot Akasia, ‘Cinta Jannah’ bakal melakar sejarah memecah box office setanding dengan ‘Teduhan Kasih’ yang berjaya menambat hati jutaan rakyat Malaysia. Read more →