Kuala Lumpur, 13 Oktober 2026 – KUDRAT 1968 terus mencipta momentum menerusi platform Astro dan Netflix serta meraih lebih 630 juta tontonan di platform media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai perbualan serta teori peminat mengenai Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU). Meneruskan momentum tersebut, Astro Shaw berkongsi perkembangan baharu dalam dunia ASCU menerusi filem BALING. Diarahkan oleh Anwari Ashraf dan dibintangi Zul Ariffin, filem aksi seram thriller ini kini sedang menjalani penggambaran di Baling, Kedah, dengan mengangkat kisah legenda Raja Bersiong sebagai sebahagian daripada mitologi dunia ASCU. Read more →
