Tag: BILA ENTAH

(HIBURAN) ‘BILA ENTAH’ BUAH TANGAN TERBARU AISYAH AZIZ

Selepas menjadi salah seorang peserta akhir Akademi Fantasia sekitar 6 tahun yang lalu, penyanyi jelita kelahiran Singapura Aisyah Aziz, terus mengorak langkah dalam arena seni suara serantau. Selain mengukuhkan nama di negaranya sendiri di seberang tambak, dia juga berjaya mencipta nama di Malaysia. Berkat suaranya yang unik dan wajah yang cantik, Aisyah bukan sahaja sudah menjadi salah seorang penyanyi yang disegani tetapi juga telah meraih banyak anugerah sepanjang kerjayanya yang baru sekitar lima tahun. Read more →