Tag: PRIHATIN

(HIBURAN) ROSSA BAKAL MENGGEGARKAN AXIATA ARENA DENGAN KONSERT “HERE I AM”

KUALA LUMPUR, 12 Februari 2025 – Ratu Pop Indonesia, Dato’ Sri Rossa Roslaina, bersedia untuk menganjurkan konsert “Here I Am” di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025, setelah sebelumnya berjaya mengadakan jelajah konsert di 3 buah negara selama 2 tahun berturut-turut iaitu “Rossa 25 Shining Years (2022)” dan “Another Journey : The Beginning (2023)” dengan kehadiran penonton melebihi 80 ribu orang. Read more →

(HIBURAN) KONSERT DAVID FOSTER BERTARAF DUNIA OLEH PRIHATIN GEGARKAN MEGA STAR ARENA

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2023 –  Setelah kejayaan penganjuran konsert “Rossa 25th Shining Concert” yang mendapat sambutan meriah di Kuala Lumpur pada November yang lalu, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan konsert “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Konsert eksklusif ini merupakan anjuran PRIHATIN yang menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Read more →

(HIBURAN) KONSERT DAVID FOSTER & FRIENDS BAKAL GAMATKAN KUALA LUMPUR PADA OGOS INI

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2023 – Penganjuran Konsert Eksklusif David Foster and Friends dijangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan antarabangsa apabila buat julung kalinya akan diadakan dan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2023 (Isnin) yang bakal tiba tidak beberapa bulan lagi. Penampilan khas dan eksklusif oleh Penyanyi Nombor 1 Tanah Air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut akan bergandingan bersama David Foster dijangka akan mengamatkan suasana panggung Mega Star Arena. Read more →

(SEMASA) GABUNGAN PRIHATIN, MAIWP, J-KOM BANTU 4,000 PELAJAR

BANGI, 3 Jun 2023 — Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Program Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Read more →

(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN NASIONAL ANJUR ‘IKON’ WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MEMBENTUK SISWA MADANI

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 — Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat telah menganjurkan Program Townhall Ikon Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan. Majlis yang dihadiri oleh seramai lebih 800 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada University College MAIWP Intemational (UCMI), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Program bermula dengan sesi Townhall Ikon Nasional bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dalam slot “Membentuk Siswa Madani – Mahasiswa Sebagai Pemimpin Masa Hadapan”. Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai, komputer riba dan beg keperluan asas ke Menara Gading kepada seramai 850 pelajar yang layak. Majlis Perasmian Townhall Ikon Nasional ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Enwal Agama) di Dewan Tun Syed Nasir UKM, Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Read more →