Tag: Datuk Sharifah Aini

(SEMASA) KONSERT MALAM AMAL BERSAMA 3 DIVA

COVER WEB LATESTLYcropMalam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi legenda itu beraksi buat pertama kali di atas pentas sama.  Bersempena Hari Ibu, tiga biduanita negara ini  akan membuat penampilan istimewa dengan menghiburkan ibu-ibu tunggal di majlis Malam Amal Bersama 3 Diva nanti. Majlis penghargaan untuk kaum ibu itu dianjurkan oleh Kaizen Asia seiring dengan pelancaran produk kosmetik keluaran Kaizen Cosmetics yang diberi nama ‘Anje’. Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Read more →