PROGRAM LATIHAN LANJUTAN INTENSIF LUAR NEGARA KEM BADMINTON ASTRO 2016
- Astro melalui cabang tanggungjawab sosialnya, Astro Kasih sekali lagi meneruskan misi pencarian bakat-bakat badminton baru menerusi program Kem Badminton Astro (KBA).
- Bagi menyokong peserta-peserta KBA tahun ini, duta Astro, Datuk Wira Lee Chong Wei telah hadir untuk memberikan tunjuk ajar dan kata-kata semangat dalam latihan pra-berpusat Program Lanjutan Intensif Luar Negara KBA yang berlangsung di Kuala Lumpur.
- Latihan yang bermula dari 16 November hingga 19 November ini diketuai oleh bekas-bekas pemain badminton negara, Wong Choong Hann, Chew Choon Eng, Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming.
- Terbuka kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun, KBA tahun ini telah menjelajah ke 6 lokasi di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan Astro ke Indonesia melalui Tribe, suatu perkhidmatan over-the-top (OTT) video, KBA turut dianjurkan di Surabaya, Indonesia dengan kerjasama Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI).
- Seramai 29 peserta yang terdiri daripada 18 lelaki dan 11 perempuan, (25 peserta Malaysia dan 4 peserta Indonesia) telah dipilih untuk menjalani sesi Pra – Latihan Berpusat sebelum bertok ke Tokyo, Jepun pada 20 November hingga 29 November untuk Program Latihan Lanjutan Intensif Luar Negara di Jepun yang akan dikelolakan oleh sepasukan Jurulatih Kebangsaan Jepun.