KUALA LUMPUR: Syarikat biskut terkemuka Malaysia – Julie’s Biscuits telah diberi penghormatan anugerah 2015 Asia’s Top Influential Brand di Singapura baru-baru ini. Lebih daripada 250 pemimpin jenama dan wakil-wakil jenama kegemaran Asia, merangkumi negara-negara seperti Malaysia, China, Indonesia dan Thailand telah berkumpul di InterContinental Singapore Grand Ballroom untuk penyampaian anugerah Influential Brands® pada 11 November 2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat Tuan Yang Terutama Datuk Husni Zai Yaacob, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura. Tetamu-tetamu kehormat yang lain termasuk, En. Chairat Sirivat, Menteri dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Diraja Thai dan Cik Arena Sri Victoria, Kaunselor di Kedutaan Besar Republik Indonesia. Read more →