Anugerah Skrin 2013 telah menyaksikan drama Mawar Putih Tanda Perpisahan merangkul trofi Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Mohd Faizal bin Mohd Ali) dan Lakon TV Terbaik (Mazlan Manan) manakala drama Aku Bukan Malaikat pula berjaya merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama (Eirma Fatima) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Datin Paduka Umie Aida).
Tag: Didie Alias
(HIBURAN) OMG Kaut Hadiah RM250,000 Sebagai Juara Liga Lawak Superstar Musim Pertama
Kumpulan OMG telah dinobatkan sebagai juara program Liga Lawak Superstar (LLS) musim pertama. Kumpulan yang dianggotai oleh Sathia, Akim Ahmad dan Anas Ridzuan ini berjaya membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM250,000 manakala naib juara iaitu kumpulan Apa Kasih Toq yang dianggotai oleh Didie Alias, Kamal Adli dan Shafiq Kyle membawa pulang hadiah berjumlah RM75,000. Read more →
(HIBURAN) Filem ” OMK ” (Oh Mak Kau)
Filem OMK (Oh Mak Kau) arahan pertama sutradara muda Ain Nordin merangkap penulis skrip dan pelakon utama ini filem ini bakal menemui peminat pada 16 Mei 2013 di seluruh pawangan tanah air. Filem aksi komedi terbitan STAR SCOPE PRODUCTION SDN BHD ini menelan belanja hampir RM1.7 juta ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 23 hari dan membariskan pelakon-pelakon lama dan baru antaranya Jep dan Shuib Sepahtu, Ain Nordin , Syamsul Yusof, Didie Alias, Yassin Yahya, Abon Osbon , Wan Maimunah, Allahyarham Osman Kering serta Yan Kassim. Read more →