Masih ingatkah telatah ROY, REMY, KUZI, CHIN, DAN RAVI?? apabila mengurat wanita di perhentian bas yang akhirnya terbongkar rahsia apabila wanita yang dikacau mereka itu adalah cikgu baru di kolej mereka . Filem sensasi tersebut merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985 dan diarahkan oleh Hussein Abu Hassan/Naga serta diterbitkan oleh Shah Film Productions. Filem yang mengisahkan seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga serta Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan “Gagak Hitam”. Jika pada tahun 1985, motif asal penerbitan filem itu adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat muda baru antaranya Faizal Hussein dan Rosham Nor, maka motif asal itu juga lah menjadi asas pembikinan semula filem Gila – Gila Remaja 2, cuma kelainan yang cuba ditonjolkan ialah jalan ceritanya tetapi mengekalkan konsep filem untuk golongan remaja . Filem yang menelan belanja hampir RM1.4 juta ini mengambil masa 28 hari untuk disiapkan dan dibarisi oleh artis-artis generasi baru seperti Hairul Azreen , Faralyna Idris, Hanis Kamal, Taiyuddin Bakar serta disokong oleh pelakon-pelakon berpengalaman seperti Fizz Fairuz dan Satiya disamping penampilan istimewa Faizal Hussein. Filem ini adalah arahan Naga (F.D.A.M) yang telah menerbit sebanyak 20 filem Melayu termasuk Gila-Gila Remaja (1985). Filem Melayu lain arahannya ialah Ghazal untuk Rabiah, Getaran dan Iskandar. Filem ini akan mula ditayangkan pada 21 Mac 2013 di seluruh pawagan di seluruh negara. Read more →
Tag: Faizal Hussein
(HIBURAN) Filem Gila – Gila Remaja 2 bernafas baru
(HIBURAN) “Bunohan” terbaik ….
Seperti yang dijangka oleh ramai peminat filem tanah air, filem Bunohan diangkat sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi. Kejayaan ini dilengkapi dengan kemenangan-kemenangan lain seperti Anugerah Pengarah Filem Terbaik melalui sutradaranya Dain Iskandar Said manakala Faizal Hussein dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selain anugerah Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Read more →
