Tag: Syafie Naswip

(HIBURAN) Soloz: Game of Life – Kisah Benar Kejayaan: Inspirasi Mengejar Impian Dan Cita-cita Sentuhan Unik Syafiq Yusof Dalam Genre Berbeza

Penggemar filem dan peminat tegar permainan video mudah alih, khususnya Mobile Legends: Bang Bang, pasti teruja kerana Key Billions Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menerbitkan filem yang dinanti-nantikan, Soloz: Game of Life, yang akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 23 Januari 2025. Filem ini, yang diangkat daripada kisah benar perjalanan hidup seorang ikon Esukan tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, menawarkan sesuatu yang amat istimewa. Soloz bukan sekadar nama yang dikenali dalam arena E-sukan, beliau merupakan symbol keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian. Dari seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan, Soloz telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang. Apa yang membuatkan Soloz: Game of Life berbeza daripada filem-filem lain adalah pendekatannya yang mengangkat tema E-sukan dengan begitu mendalam. Di bawah arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air, filem ini menjanjikan pengalaman yang segar dan berbeza. Syafiq Yusof, dikenali dengan kebolehannya menarik hati penonton melalui naratif yang kuat dan visual yang mengagumkan, sekali lagi membuktikan kemahirannya dalam mengendalikan genre baharu ini. Menonton Soloz: Game of Life adalah seolah-olah menelusuri helaian kisah kehidupan seorang insan yang menjadikan minat sebagai kerjaya, mengolah cabaran menjadi peluang, dan impian menjadi kenyataan. Dengan elemen inspirasi dan dedikasi yang begitu kuat, filem ini dijangka bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi motivasi kepada penontonnya. Read more →

(HIBURAN)  TEGKANG – ‘Angkat Tema Tentang Kasih Sayang, Kebebasan Dan Janji’

Boleh dikatakan industri perfileman tanah air sudah terlalu banyak dibanjiri dengan naskhah yang bergenre seram, aksi atau komedi. Agak jarang untuk melihat sesebuah filem tempatan menonjolkan paparan budaya sesebuah masyarakat terutamanya pada masa sekarang, di sebalik jalan cerita yang menyentuh perasaan. Read more →

(HIBURAN) KISAH BENAR MAHAGURU SILAT DATUK MEOR ABDUL RAHMAN DIANGKAT DALAM FILEM ‘GAYONG’

Filem seni bela diri selalunya sering mendapat tempat dalam kalangan penonton yang gemarkan filem-filem aksi. Melihat kepada perkembangan tersebut, ia telah memberi inspirasi kepada syarikat SOL Pictures Sdn Bhd menghasilkan sebuah filem aksi yang mengetengahkan seni bela diri silat iaitu Gayong. Read more →

(HIBURAN) Viu Malaysia persembahkan Viu Original pertama sempena Ramadan, Terlanjur Cinta  

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2024 – Viu, penyedia perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaru, Terlanjur Cinta, karya penerbit veteran Eirma Fatima. Terlanjur Cinta ini merupakan drama pertama sempena Ramadan yang ditawarkan oleh Viu Malaysia, dibintangi Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Khir Rahman, Datin Seri Umie Aida, Syafie Naswip dan Syafi Tee. Siri ini akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2024, dengan episod baharu disiarkan pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Ramadan. Read more →

(HIBURAN) KISAH CINTA TRAGIS DALAM ‘FANNA’

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2023 – Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada industri filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia. Read more →