Tag: Gentari

(SEMASA) BMW Group Malaysia Terajui Segmen EV Premium sambil Memecah Rekod Penyerahan pada Tahun 2023.

Kuala Lumpur, 18 September 2023 – BMW Group Malaysia hari ini merungkaikan satu pencapaian yang signifikan, memegang tampuk sebagai pembekal EV Premium Nombor Satu di Malaysia dengan mencatat penyerahan EV BMW, MINI & BMW Motorrad melebihi 1,600 unit dalam tempoh lapan bulan sahaja pada tahun ini. Ia jauh melangkaui jumlah 1,557 unit EV BMW & MINI yang diserah oleh pengeluar kenderaan premium tersebut pada keseluruhan tahun 2022. Sementara pencapaian ini mencerminkan komitmen padu BMW Group Malaysia ke atas janji “Sheer Electric Driving Pleasure”, ia turut memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai Pengeluar Kenderaan Premium Nombor Satu di Malaysia selama tiga tahun ini. Read more →