(SEMASA) Karnival Jom!Fit BLACKMORES Galak Penjagaan Awal Kesihatan Tulang dan Sendi Golongan Muda

Spread the love

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2026 – Sempena ulang tahun ke-50 BLACKMORES Malaysia (“BLACKMORES”) dalam menyokong perjalanan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, syarikat kesihatan semula jadi itu memperkukuh komitmennya terhadap penjagaan kesihatan secara pencegahan menerusi inisiatif “More Health, More Life”. Bagi merealisasikan visi ini, BLACKMORES buat julung kalinya menganjurkan Karnival Jom!Fit di One Utama dari 22 hingga 26 Julai dengan kerjasama CARiNG Pharmacy, sebuah jenama farmasi di bawah Kumpulan BIG CARING, bertujuan untuk memperkasa penjagaan kesihatan pencegahan tulang dan sendi yang semakin meningkat dalam kalangan golongan muda.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sedentari, manakala satu daripada tiga individu tidak aktif secara fizikal. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan pergerakan dan sistem muskuloskeletal dalam jangka panjang. Bagi menangani isu tersebut, Karnival Jom!Fit menampilkan Cabaran 500 Wellness Laps sebagai aktiviti utama sepanjang acara selama empat hari itu, bertujuan menggalakkan peserta mengambil langkah kecil tetapi bermakna ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Cabaran ini mencerminkan keyakinan BLACKMORES bahawa kesihatan jangka panjang yang lebih baik dapat dibina menerusi amalan kecil secara konsisten.

Peserta yang berjaya menyempurnakan Cabaran 500 Wellness Laps menerima hadiah eksklusif sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat setiap hari. BLACKMORES turut menyumbang [200] produk kesihatan kepada kelab larian yang mengambil bahagian sebagai tanda penghargaan terhadap peranan mereka dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang meneroka pelbagai pengalaman interaktif termasuk saringan kesihatan, cabaran fizikal, sesi konsultasi dengan ahli farmasi serta aktiviti mesra keluarga yang bertujuan menjadikan penjagaan kesihatan secara pencegahan lebih menarik dan mudah difahami.

“Di BLACKMORES, kami percaya bahawa mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sebagai jenama yang mempunyai legasi lebih daripada 90 tahun dalam bidang kesihatan semula jadi dan 50 tahun berkhidmat untuk komuniti di Malaysia, tanggungjawab kami bukan sekadar menyediakan penyelesaian kesihatan yang dipercayai. Kami komited untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, dan membantu orang ramai menjaga kesihatan mereka untuk jangka panjang. Menerusi visi ‘More Health, More Life’ serta kerjasama dengan rakan penjagaan kesihatan yang dipercayai seperti CARiNG Pharmacy, kami berharap dapat menginspirasikan lebih ramai orang untuk mengambil langkah proaktif demi menjaga kesejahteraan mereka dan menjadikan penjagaan kesihatan secara pencegahan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian,” kata Pengarah Urusan Asia Kumpulan Blackmores, Andrew Fuary.

“Farmasi komuniti sering menjadi tempat pertama bagi orang ramai mendapatkan nasihat serta sokongan kesihatan. Di Kumpulan BIG CARING, kami melihat peranan ini sebagai peluang untuk meluaskan akses kepada penjagaan kesihatan, membantu orang ramai membuat keputusan kesihatan berdasarkan maklumat yang tepat dan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil pendekatan yang lebih proaktif terhadap kesihatan mereka. Oleh itu, kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan BLACKMORES untuk menjayakan Karnival Jom!Fit. Dengan menggabungkan kepakaran BLACKMORES dalam bidang kesihatan semula jadi dengan rangkaian CARiNG Pharmacy yang dipercayai serta hubungannya yang kukuh dengan komuniti, kami berharap dapat mendekatkan penjagaan kesihatan secara pencegahan dengan komuniti setempat. Kami juga berharap dapat menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat bagi menyokong kesejahteraan jangka panjang mereka,” kata Pengarah Eksekutif Kumpulan BIG CARING, Lim Sin Yin.

“Karnival Jom!Fit merupakan acara kesejahteraan pertama di bawah visi ‘More Health, More Life’ BLACKMORES, yang merealisasikan komitmen kami terhadap penjagaan kesihatan secara pencegahan menerusi pelbagai aktiviti menarik dan interaktif. Daripada Cabaran 500 Wellness Laps hingga saringan kesihatan, sesi konsultasi dengan ahli farmasi dan aktiviti mesra keluarga, kami mahu menggalakkan orang ramai mengambil langkah kecil tetapi bermakna ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Kami gembira melihat komuniti larian, keluarga dan pengunjung pusat membeli-belah berkumpul sepanjang minggu ini, sekali gus menunjukkan bahawa tindakan mudah mampu membentuk tabiat yang lebih sihat,” kata Ketua Pemasaran di BLACKMORES Malaysia, Chloe Meng.

Selaras dengan kejayaan penganjuran Karnival Jom!Fit di bawah visi “More Health, More Life” ini, BLACKMORES komited untuk terus meningkatkan kesedaran tentang pencegahan masalah tulang dan sendi dengan menggalakkan orang ramai bertindak lebih awal, mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan memberikan perhatian terhadap kesihatan pergerakan dalam jangka panjang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *