Tag: Grand Brilliance

(HIBURAN) Chow Kit Dicalonkan Untuk Asia Image Apollo Awards

Chow Kit Film Postercropsmall
Chow Kit, filem terbitan Grand Brilliance yang dipersembahkan oleh Primeworks Studios, telah menerima tiga pencalonan untuk Asia Image Apollo Awards, termasuk Arahan Terbaik (Format Panjang), Sinematografi Terbaik dan Arahan Seni Terbaik. Malam Anugerah Apollo ini akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura pada 18 Jun 2013. Dianjurkan oleh Contineo Media, Anugerah Apollo mengiktiraf industri-industri produksi dan pasca-produksi terbaik di rantau Asia Pasifik. Read more →

(HIBURAN) Filem ‘PECAH’..kasi pecah panggung

IMG_3711

Filem adaptasi novel terlaris di pasaran Buku Fixi bertajuk “Pecah” kini bakal ‘Kasi Pecah’ panggung. Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem  Pecah adalah Fizz Fairuz (Pelakon TV Lelaki Popular, ABP 2011), Sofi Jikan (Watak Jahat Dalam Drama atau Filem Popular, ABP 2013), Tony Eusoff, Ako Mustapha dan Izreen Azminda. Read more →

(HIBURAN) Filem ” Rock Oo !!! “

IMG_6417

Bagi mereka yang berpeluang menyaksikan filem Rock pada tahun 2005, anda pasti mengenali dengan kumpulan Rimba BaraRimba Bara merupakan nama kumpulan rockers kampung yang cukup terkenal pada tahun 80-an dan hanya muncul dalam filem Rock, sebuah filem yang cukup mendapat sambutan tujuh tahun lalu. Kali ini, pengarah Mamat Khalid sekali lagi menemukan anda dengan Rimba Bara dalam Rock Oo. Read more →