Tag: HABIB

(SEMASA) PERMATA SEBENAR HABIB

Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun sebuah syarikat tempatan yang sememangnya menjadi inspirasi kepada semua. Sejarah jenama HABIB bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif telah membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kawasan itu sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar ‘Jewellers’ Corner’. Read more →

(SEMASA) HABIB LANCAR KEMPEN “THE ONE THING”

Kuala Lumpur, 2 JULAI 2021 – Jumlah kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia masih tinggi, walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya (PKP 3.0) sejak 1 Jun 2021 oleh Kerajaan Malaysia. Setelah sebulan rakyat Malaysia “berkurung” di rumah, angka kes positif harian yang direkodkan masih lagi tinggi iaitu mencecah purata 5,000 kes sehari. Keadaan ini menyeru kerajaan untuk memperhalusi perancangan berkenaan hala tuju negara dalam masa terdekat ini bagi mengekang pandemik Covid-19. Sehubungan dengan ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memperkenalkan Rancangan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021, sebagai salah satu strategi untuk membebaskan negara daripada wabak Covid-19 menerusi empat fasa. Pada setiap fasa, tiga syarat harus dipenuhi sebelum negara dapat bergerak ke fasa yang seterusnya. Salah satu daripada tiga syarat tersebut termasuk mencapai peratusan memuaskan penduduk yang telah divaksin. Read more →

(SEMASA) PENGHORMATAN UNTUK YANG BERGELAR BAPA OLEH HABIB

Bapa adalah ketua keluarga yang sentiasa bekerja keras demi memberi kebahagiaan dan kesempurnaan kepada seluruh ahli keluarganya. Dalam sesebuah keluarga, bapa merupakan antara individu yang paling penting dalam mencorak kehidupan anak-anak. Meskipun syurga di bawah telapak kaki ibu, namun bapalah yang menjadi ‘hero’ dan sanggup mengerah keringat dalam memastikan keperluan orang tersayang dipenuhi.

Read more →

(SEMASA) PELANCARAN IRAMA AIDILFITRI DAN VIDEO MUZIK HABIB YANG PERTAMA

Kuala Lumpur, 27 April 2021 – Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan tampil dengan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’. HABIB merupakan jenama barangan kemas yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya. Read more →

(SEMASA) FESTIVAL BATU PERMATA HABIB : MEWARNAI BULAN OKTOBER INI DENGAN PENUH KEINDAHAN & INFO, ISTIMEWA DIKONGSIKAN

Trend memilih barang kemas yang dihiasi dengan batu permata telah kembali untuk tahun 2020 dan dijangka berterusan hingga tahun hadapan. Penggemar barangan kemas khususnya lebih tertarik dengan aksesori bertatahkan batu permata pelbagai warna untuk melengkapkan penampilan mereka. Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang sudah bertapak di industri pembuatan barangan kemas selama 62 tahun, banyak maklum malas dan pertanyaan diterima dari pelanggan berkenaan batu permata. Rupanya, ramai peminatnya. Read more →