Tag: Irma Hasmie

(SEMASA) Irma Hasmie duta baru produk Radiglow

IMG_3904

Irma Hasmie secara rasminya dilantik sebagai duta baru produk Radiglow. Pengumuman ini telah dibuat sendiri oleh pengasas produk berkenaan Datin Seri Udani Mohd. Noor  bertempat di Hotel Royale Chulan . Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta produk Radiglow, Irma Hasmie menjelaskan bahawa dia telah menggunakan produk tersebut sebelum ini. Jelasnya, produk kesihatan yang mampu melambatkan proses penuaan itu amat serasi dengannya sehingga memaksa dia bersedia berkongsi dengan peminat. “Jika saya tidak menggunakan produk ini mungkin saya tidak berani untuk terima tawaran jadi duta. “Ia adalah produk yang bagus dan sesuatu perkara baik tidak salah saya kongsi bersama orang lain,” katanya. Selain duta produk, Irma baharu sahaja melancarkan jenama pakaiannya sendiri iaitu Debumas secara dalam talian. Untuk pengetahuan peminat Irma, selain dilantik sebagai duta produk kesihatan Radiglow selama setahun, beliau juga sibuk menjadi pengacara untuk program Assalamualaikum di TV Al-Hijrah dan menjadi duta tudung D’Haja. Read more →

(HIBURAN) GOYANG SHAFIQ..JOM PI CUTI’

Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti (3)

Setelah berusaha membuat kuih goyang berbalang-balang, akhirnya Shafiq berjaya menjual semua kuih itu di pasar ramadan. Walaupun perniagaan yang diusahakan oleh Shafiq berjaya, namun Shafiq kecewa kerana bekas kekasihnya sudah pun berkahwin dengan lelaki lain. Kemudian Shafiq membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasibnya. Menyusul selepas drama siri ‘Kampung Simpang Burung’ di slot Senda Pagi, sebuah lagi drama siri 13 episod berjudul ‘Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti’ mula disiarkan pada 10 Jun 2013, setiap Isnin jam 10.00 pagi. Read more →